Gara-gara kenyataan melampau, Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon bersama
rakannya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papa Gomo di Balai
Polis Dang Wangi atas tuduhan sengaja mencetuskan sentimen perkauman.
Ketua Pemuda Biro Pendidikan Pemuda MCA itu, berkata tindakan Papa Gomo
memanggil masyarakat Cina sebagai 'Pendatang" yang diletakkan di laman
Facebook penulis blog itu disifatkan melampau.
"Kita mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Papa Gomo dan
mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan. Malah bukan kepada dia saja
tetapi siapa pun yang sengaja mancetuskan ketegangan kaum di negara ini
harus disiasat,"katanya seperti dilaporkan akhbar China Press, hari ini.
Chong berkata, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap
isu yang membabitkan sensiviti kaum, dan membiarkan pihak tidak
bertanggugjawab terus menyebarkan fitnah maka ia tidak mendatangkan
kebaikan kepada keharmonian negara ini.
Meskipun identiti Papa Gomo ini masih terus menjadi misteri namun,
beliau berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat
melakukan siasatan dan mendedahkan hal ini.
Katanya, isu membabitkan perkauman semakin tegang apabila berakhirnya
Pilihan Raya Umum lalu ekoran dari keputusan majoriti kaum Cina yang
beralih kepada Pakatan Rakyat.
Ia menyebabkan parti Melayu, Umno menuduh masyarat Cina sebagai pembelot.
Dalam masa sama, Chong juga menegaskan pelaksanaan perlu diambil ke atas mereka yang mencabar undang-undang negara ini.
Katanya, setakat ini pihaknya sudah mengumpul bukti untuk dikemukakan
ke mahkamah bagi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Selain dari menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang, Papa Gomo turut
didakwa menulis kenyataan seperti "Kita Melayu patut bersatu menentang
Cina", "Cina harus balik ke negara China" dalam laman Facebooknya. – 14
Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment