Thursday, August 15, 2013

Pecah kubur kerana terima rahmat Tuhan

‘Terima rahmat Tuhan’

Alor Gajah: Dua beradik yang mendakwa menerima ‘rahmat tuhan’ bertindak nekad memecahkan beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Solok Zakaria, Kampung Alor Gajah, dekat sini, dipercayai mahu menjadikan lokasi itu sebagai tempat pemujaan, kelmarin.
Bagaimanapun, tindakan lelaki dan perempuan berusia 44 dan 57 tahun itu mengundang padah apabila disedari penduduk yang kemudian memaklumkan perbuatan itu kepada polis, kira-kira jam 9.30 pagi, 
Tinjauan Harian Metro di tanah perkuburan itu mendapati, keadaan begitu menyedihkan apabila banyak batu nisan dan struktur kubur rosak serta berselerakan atas tanah. 

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Alor Gajah Azri Ayub, 54, berkata ketika sedang memberi makanan kepada ternakannya, dia melihat seorang lelaki memecahkan beberapa batu nisan di atas kubur sambil diperhatikan seorang wanita yang berdiri berhampiran.

“Pada mulanya, saya menyangka mereka mungkin sedang menukar batu nisan lama kepada yang baru, tetapi pelik apabila mendapati semua batu nisan yang dicabut turut dipecahkan.
myMetro

No comments:

Post a Comment