August 15, 2013
Perkembangan
operasi pembedahan R Sri Sanjeevan doktor berjaya mengeluarkan peluru
dari tulang rusuk mangsa dan peluru tersebut kini dibawa ke makmal
forensik di Cheras bagi ujian dijalankan.
Ahli keluarga mangsa diberitahu Bukit Aman mengambil alih kes tersebut kini.
Bapa Sanjeevan, P Ramakrishnan berkata pembedahan berjalan dengan
lancar dan doktor memaklumkan Sanjeevan akan memberi tindak balas
respond dalam tempoh 48 jam.
Sementara itu penasihat Mywatch S Gobi memberitahu beliau akan ke Cheras bagi memastikan peluru itu berada di makmal forensik.
Awal tadi, ahli keluarga Pengerusi Mywatch pada ketika ini dilaporkan
tidak bersependapat dengan polis tentang hak untuk menyimpan peluru
berada dalam badan Sanjeevan.
Sanjeevan pada ketika ini menjalani operasi pembedahan bermula dari jam
2.30 petang tadi bagi mengeluarkan darah beku dari hatinya dan peluru
dari tulang rusuknya.
Ramakrishnan berkata empat anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Jempol
dan Seremban tiba tengah hari tadi untuk mengambil peluru bagi
dijadikan bahan bukti namun ditolak oleh bapanya.
"Saya menahan mereka dan memberitahu mereka tidak boleh memasuki dalam bilik pembedahan," kata Ramakrishnan.
Beliau kemudiannya berjumpa dengan Pengarah Hospital Serdang untuk
membuat permohonan melihat peluru sebaik saja selesai pembedahan.
"Pengarah itu sangat baik hati tapi beliau memberitahu kami polis
negeri sembilan telah pun membuat permohonan melalui surat untuk
mendapatkan peluru," katanya.
Ramakrishnan yang merasa bimbang akan nyawa anaknya itu menjelaskan
mengapa beliau mahu Bukit Aman mengambil alih kes ini kerana mengesyaki
polis Negeri Sembilan adalah dalang disebalik kes tembakan.
"Kita akan buat apa saja yang kita mampu untuk menghalang mereka dari
mengambil peluru untuk dijadikan sebagai bukti," kata bapanya.
Sanjeevan telah ditembak oleh dua suspek yang menunggang motosikal
ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Bahau, Negeri
Sembilan 27 Julai lalu.
Tembakan mengenai bahunya dan tulang rusuknya.
Menurut bapa Sanjeevan, sebelum insiden tersebut mangsa dikatakan menerima panggilan dari seseorang.
"Saya terdengar dia menjerit ketika bercakap dalam telefon, Sanjeevan
ada menyebut tentang maklumat yang telah bocor dan akan memberitahu
wartawan. Sanjeevan juga menyebut nama pegawai polis dari Negeri
Sembilan," kata ayahnya.
"Setiap bukti harus di lakukan Bukit Aman termasuk siasatan kes ini," kata bapanya lagi.
Tambahnya nama pegawai polis yang disebut Sanjeevan ketika perbuatan telefon juga dilihat pernah melawat mangsa di hospital.
"Dia datang antara jam 10 malam dan 12.30 pagi. Pegawai itu datang melawat Sanjeevan tiga kali pada minggu lepas," kata Ramakrishnan.
"Dia datang antara jam 10 malam dan 12.30 pagi. Pegawai itu datang melawat Sanjeevan tiga kali pada minggu lepas," kata Ramakrishnan.
Ramakrishnan berkata, dia tiada disitu ketika pegawai itu datang melawat kerana mereka tidak dibenarkan bermalam di hospital.
"Kami mengikut peraturan hospital. Kenapa dia tidak boleh mengikut
perkara sama. Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena,"katanya.
Difahami pegawai polis tersebut merupakan anggota polis yang terlibat dalam siasatan kes itu.
Dua hari sebelum ini. Ramakrishnan membuat laporan polis meminta siasatan kes tembak anaknya dijalankan Bukit Aman.
Dia ditemani oleh penasihat Mywatch S.Gobi Krishnan, hadir di balai polis Travers, Kuala Lumpur.
Mereka juga menuntut untuk mengatakan pertemuan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.
Beberapa jam sebelum Sanjeevan ditembak, beliau menulis di laman
Twitter mengenai seorang polis yang disyaki terlibat dalam sindiket
telah menggut beliau dan keluarganya.
Sanjeevan juga dikatakan ada berjumpa dengan Pengarah Strategi PKR
Rafizi Ramli mengadu kepada pemimpin itu mahu mendedahkan anggota polis
yang turut terlibat dalam kegiatan sindiket dadah.
Sanjeevan mendakwa menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan memberi amaran kepada mangsa. - 15 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment