16 Ogos 2013
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Kajang: Seorang remaja perempuan berusia 16
tahun mati dikelar bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah kuil di
Taman Sri Reko, di sini, pagi semalam.
Difahamkan, selepas bertindak menyembelih leher anak saudaranya
itu, lelaki berusia 59 tahun terbabit kemudian mengelar lehernya
sendiri.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab
berkata, kejadian jam 11.30 pagi itu disedari sanak saudara lain yang
bertindak menghubungi polis.
“Sebelum kejadian itu, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini sedang membantu ibu saudaranya membasuh pinggan di dapur rumah lelaki itu.
“Sebelum kejadian itu, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini sedang membantu ibu saudaranya membasuh pinggan di dapur rumah lelaki itu.
MAYAT remaja diangkut menggunakan kenderaan polis.
“Secara tiba-tiba, bapa saudara mangsa masuk ke dapur dan mengheret tangan mangsa dan membawanya ke sebuah kuil yang terletak di depan rumah mereka,” katanya.
No comments:
Post a Comment