9 Ogos 2013
|
KUALA LUMPUR - Sindiket Awang Hitam bukan sahaja mencari wanita yang
sanggup dijadikan keldai dadah malah, mereka turut memujuk rayu
gadis-gadis untuk menyerahkan kad bank bagi memudahkan kegiatan penipuan
penghantaran 'bungkusan cinta' dijalankan.
Gadis-gadis yang digelar 'keldai akaun' itu kini tidak perlu lagi
mengeluarkan wang yang didepositkan oleh wanita ardartu yang menjadi
mangsa penipuan sindiket tersebut.
Sebaliknya, suspek memilih untuk mengeluarkan sendiri wang dari akaun gadis tersebut dengan memegang kad bank mereka.
Mengikut modus operandi, sindiket tersebut memikat wanita andartu
yang kesepian untuk bercinta. Selepas termakan kata-kata manis, suspek
akan memaklumkan bahawa mereka akan menghantar bungkusan mengandungi
wang dan pelbagai barangan berharga sebagai tanda cinta.
No comments:
Post a Comment