myMetro 12 Ogos 2013
Tak patut berlaku!
Kota Tinggi: Rakaman video yang dimuatkan
dalam laman web sosial Facebook (FB) yang memaparkan aksi sekumpulan
penganut agama lain menjalankan aktiviti keagamaan di dalam surau di
sebuah resort di Sedili, di sini, kelmarin, disifatkan sebagai menghina
agama Islam.
Lebih mengejutkan, mereka menjadikan surau itu seolah-olah sebuah
tokong apabila membaca mantera dan membawa masuk patung berhala serta
gambar yang diletak di tempat imam bersolat, manakala sami dan
pengikutnya duduk di atas karpet kecil yang dijadikan alas dan menghadap
patung berhala itu.
Seramai 14 individu termasuk seorang sami Buddha dilihat giat
bersembahyang dan membaca mantera tanpa menyedari ia boleh menjejaskan
sensitiviti umat Islam.
Malah, video berdurasi selama seminit 25 saat itu turut memaparkan bangunan surau dari depan selain ayat syahadah yang digantung di dalam surau berkenaan.
Malah, video berdurasi selama seminit 25 saat itu turut memaparkan bangunan surau dari depan selain ayat syahadah yang digantung di dalam surau berkenaan.
RAKAMAN video yang memaparkan surau dijadikan tempat penganut agama lain menjalankan kegiatan keagamaan mereka.
Turut kedengaran, bunyi radio yang dipasang dengan bacaan mantera dan ia diulangi semua peserta itu.
No comments:
Post a Comment