Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memohon maaf atas kesalahan menerbitkan
gambar sebuah pusat membeli belah di Malaysia, Suria KLCC di blog milik
mereka www.idfblog.com (gambar) dengan meletakkan keterangan lokasinya di Semenanjung Gaza.
IDF menjelaskan keterangan gambar berkenaan yang disiarkan oleh sebuah
blog berbahasa Inggeris merupakan satu kesilapan dan telah menggeluarkan
gambar berkenaan.
Blog yang menyerupai risalah pelancongan itu bertujuan memberi gambaran Gaza tidak berhadapan dengan krisis kemanusiaan.
Kiriman blog berkenaan menggambarkan sebuah pusat membeli belah, imej
hotel mewah, penduduk Gaza bermain di tepi pantai dan menikmati suasana
malam.
Lokasi sebenar pusat beli belah itu didedahkan oleh portal Intifada di pusat membeli belah terkenal Malaysia di Suria KLCC.
Perkara ini didedahkan oleh sebuah portal berita Israel Haaretz, yang
memetik kenyataan jurucakap IDF memohon maaf melalui akaun Twitter atas
kesalahan gambar dan keterangan.
“Apabila kesilapan itu diketahui, gambar tersebut segera dikeluarkan.
Kiriman itu mempunyai 17 gambar lain yang tepat tentang keadaan di
Gaza," katanya.
Jurucakap itu berkata ini bukan pertama kali gambar yang salah mengenai Gaza.
Semasa operasi pertahanan, media Palestin turut tersilap menyiarkan gambar yang didakwa diambil di Gaza.
Satu kes melibatkan satu gambar kanak-kanak yang terkorban diterbitkan
oleh Briged Izz ad-Din al-Qasam, sayap tentera Hamas. Kemudian tentera
Israel membuktikan gambar itu diambil di Syria beberapa minggu awal. -
16 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment