Oleh Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang berang
selepas mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki
lain bertindak kejam apabila menikam wanita itu sehingga mati di sebuah
rumah kongsi berhampiran tapak pembinaan di Jalan Ganang Kepayan, dekat
sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa Suria Amuk, 45,
yang bekerja sebagai buruh binaan mati di tempat kejadian akibat
pendarahan teruk selepas ditikam tiga kali di dada dan belakang badan.
Difahamkan, suspek lingkungan 50-an, yang sudah enam bulan
berhenti kerja di tapak pembinaan itu dipercayai ke rumah kongsi mangsa
selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki
lain.
Berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya sebelum lelaki terbabit menikam mangsa sebanyak tiga kali di dada dan belakang badannya menggunakan sebilah pisau.
Berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya sebelum lelaki terbabit menikam mangsa sebanyak tiga kali di dada dan belakang badannya menggunakan sebilah pisau.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang mati ditikam, semalam.
Akibat kejadian itu, mangsa terbaring di hadapan rumahnya dan dipercayai mati, manakala suspek tidak melarikan diri, sebaliknya menyerah diri kepada anggota polis yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan berkenaan kejadian itu.
myMetro
No comments:
Post a Comment