10/08/2013
SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam
kebakaran di sebuah rumah kayu setingkat di Kampung Pangkalan Semeling
dekat sini malam ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa berusia lingkungan
90-an dan belum dikenal pasti identiti ditemui rentung oleh anggota
bomba.
Mangsa difahamkan hidup sebatang kara di rumah yang terletak di kawasan pendaratan ikan di situ.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul
Urus Md. Zain dilihat melawat tempat kejadian. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment