
Malaysiakini 26 Sep 2013
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tidak akan
membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahaskan di
Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil.
"Saya
beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan
tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan
perbahasan berhubung persempadanan semula.
Katanya, keputusan itu disimpulkannya setelah berbincang dengan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
Anwar memberikan amaran itu di New York pada Ahad ketika menjawab soalan semasa sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.
"Jika
mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya
boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan
jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah," tegasnya.
Proses persempadanan semula dijangka bermula pada penghujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang
"Saya
beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan
tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan
perbahasan berhubung persempadanan semula.Katanya, keputusan itu disimpulkannya setelah berbincang dengan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
Anwar memberikan amaran itu di New York pada Ahad ketika menjawab soalan semasa sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.
"Jika
mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya
boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan
jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah," tegasnya.Proses persempadanan semula dijangka bermula pada penghujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang
No comments:
Post a Comment