Pakar
perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata BN sepatutnya memberi penghormatan
kepada pembangkang sebelum menuntut agar pakatan parti tersebut
membentuk kabinet bayangan.
Katanya, BN antara lainnya harus menghormati undang-undang berhubung persidangan parlimen dan memberikan hak serta keistimewaan pembangkang.
Beliau mengulas kenyataan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menggesa Pakatan untuk menamakan kabinet bayangannya.
"Khairy sebagai anggota kerajaan perlu memastikan bahawa beliau memainkan peranan utama dalam pembentukan asas bagi sistem dua parti yang berkesan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, Pakatan menunjukkan teladan dengan membenarkan pembangkang di negeri yang dikuasainya untuk mengetuai jawatankuasa pemeriksa kira-kira, namun BN enggan memenuhi jawatan tersebut.
Tambahnya, Khairy boleh memastikan bahawa Umno memainkan peranan positif sebagai pembangkang di negeri tersebut.
Katanya lagi, Khairy juga sepatutnya membuat kenyataan umum untuk menyokong kenyataan ketua Pemuda PERKASA, Irwan Fahmi Ideris yang mahu PM Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
"Itu lebih penting dan fundamental daripada meminta Pakatan Rakyat membentuk kabinet bayangan," katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Aziz turut mengkritik ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan kerana membangkitkan soal kabinet bayangan tanpa memahami syarat bagi sistem dua parti.
Katanya, ia antara lain mensyaratkan agar wujud kebebasan media dan kesanggupan untuk berhujah, namun gabungan parti pemerintah tidak berminat dengan perkara ini.
Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan Jabatan Pendaftar Pertubuhan untuk agar tidak melengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya pula perlu memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.
"Tiada gunanya meminta pembangkang membentuk kabinet bayangan jika kerajaan asyik melarikan diri dari perbahasan umum dengan pembangkang," katanya.

No comments:
Post a Comment