OLEH EILEEN NG September 22, 2013
Sidang
Parlimen akan bersambung untuk sesi kedua esok dijangka hangat dengan
kemelut isu kematian pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang
masih menjadi pertikaian dikalangan Ahli Parlimen kerana ada yang
menggesa supaya abu mendiang dikebumikan di Malaysia serta ramai juga
menentang.
Kehadiran beberapa pemimpin pembangkang yang melawat mendiang Chin Peng
di Bangkok akan menjadi modal ahli parlimen dalam Kelab Penyokong
Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengaitkan DAP sebagai proksi kepada
parti komunis.
Beberapa pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang ditemui di Bangkok berkata lawatan mereka adalah atas urusan peribadi.
Ahli
Parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) berkata lawatannya ke kuil
itu secara kebetulan selepas menghadiri mesyuarat dengan sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mengambil kesempatan tersebut untuk
singgah sebentar.
Beliau singgah di kuil dan berada dalam dewan di mana keranda mendiang
Chin Peng ditempatkan, menurut laporan The Star Online semalam.
Turut kelihatan hadir memberi penghormatan adalah ahli jawatankuasa
pusat DAP Selangor dan bekas Senator S. Ramakrishnan, ahli Exco Aliran
Sarajun Hoda, ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan ahli Parlimen Batu
Chua Tian Chang atau dikenali sebagai Tian Chua.
Perkembangan ini bakal memeningkan menteri bertanggungjawab
mengendalikan sidang Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim yang
mengharapkan sesi kali ini berlangsung dengan lebih aman.
"Saya berharap Dewan akan terus aman," kata beliau kepada wartawan dalam sebuah majlis minggu lalu.
Bagaimanapun, Shahidan juga bakal menjadi tumpuan selepas anak
perempuannya dilaporkan telah bekerja dengan beliau dengan "jawatan
kerajaan yang digazetkan", walaupun peraturan menghalang sesebuah
jawatan tidak boleh dipegang oleh ahli keluarga.
Isu Chin Peng bukan satu-satunya fokus sepanjang sebulan ini di Malaysia.
Ahli Parlimen dijangka membangkitkan isu-isu seperti di Sekolah
Kebangsaan Sri Pristina, pampasan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
oleh Putrajaya, pemotongan subsidi minyak, agenda Ekonomi Bumiputera dan
juga Tribunal Rakyat yang mendedahkan pelbagai salah laku semasa
pilihan raya umum lalu.
Peningkatan jenayah ganas, yang menyaksikan pembunuhan pengasas Arab
Malaysia Bank, Hussain Ahmad Najadi, selain insiden-insiden jenayah lain
akan menjadi tumpuan untuk menentukan keperluan menghidupkan semula
undang -undang pencegahan untuk mengatasi masalah jenayah.
Kedua-dua belah pihak dijangka menekan butang merah terhadap isu-isu yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia.
"Memandangkan kami tidak boleh berbincang dengan mudah kali ini kerana
topik sangat terikat dengan debat dalam Bil, dijangka ahli Parlimen akan
cuba mencelah sama ada semasa soal jawab atapun semasa debat sedang
berlangsung," kata ahli Parlimen DAP dari Kulai, Liew Chin Tong.
Susulan masa mesyuarat pendek, hanya satu debat akan berlangsung iaitu
Bil Tambahan Perbekalan, bagi mendapatkan kelulusan Parlimen untuk
tambahan peruntukan kerajaan.
Dua Akta lain berkaitan dengan undang-undang profesion (Akta
Undang-Undang Profesion 1976 dan Akta Profesion Guaman (Pindaan) 2012)
juga akan termasuk dalam pindaan.
Bagaimanapun, tiada petanda bil yang menjadi bualan ramai untuk
memperkenalkan undang-undang pencegahan baru, seperti yang dijanjikan
oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Satu lagi tumpuan adalah penubuhan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC),
dimana peranannya untuk mengkaji kewangan negara dan pengagihan
peruntukan yang diluluskan Parlimen mencapai sasaran perbelanjaan dan
lain-lain perkara yang berkaitan.
Diketuai oleh ahli Parlimen tiga penggal dari Pulai, Datuk Nur Jazlan
Mohamed, PAC akan akan mengumumkan 14 ahli jawatankuasa yang terdiri 9
daripada BN dan 5 daripada wakil pembangkang.
Senarai calon telah dihantar kepada jawatankuasa hak parlimen (PSC) untuk kelulusan.
PAC akan membuat pendedahan pertamanya melibatkan kekayaan yang
dimiliki Khazanah Nasional dan peranannya dalam perjanjian perkongsian
gagal antara MAS-AirAsia.
Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau teruja
untuk terlibat secara aktif dalam sesi kali ini, di mana isu-isu seperti
jenayah, ekonomi dan keselamatan akan menjadi topik fokus.
"Semua ini adalah keutamaan orang ramai dan menjadi tanggungjawab kami untuk bangkitkannya," kata beliau. – 22 September, 2013
The Malaysian Insider
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment