15 Sep 2013 myMetro
Beijing: Seorang wanita pertengahan umur dari Anhui menjalani
pembedahan menstruktur semula wajahnya selepas pertengkaran dengan
suaminya berakhir dengan hidungnya digigit hingga putus.
Pasangan itu bergaduh hingga saling bercakaran seperti Mike Tyson dan
Evander Holyfield serta berakhir dengan suami wanita itu menggigit
hidungnya, lapor Global Times. Kejadian berlaku selepas si isteri yang
tidak puas hati kerana suaminya tidak membantu melakukan kerja rumah
berleter, menyebabkan si suami panas hati dan menjerit ke arahnya.
Tidak peduli dengan jeritan suaminya, wanita itu terus berleter menyebabkan si suami berang. Dia meluru ke arah si isteri yang dikenali sebagai Yang dan menggigit hidung wanita itu hingga putus. - AFP
No comments:
Post a Comment