Cad angan
yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib (gambar) yang
kemudiannya menjadi resolusi di Multaqa Ulama Semalaysia di Alor Star
semalam agar PAS mengkaji semula tahaluf siasi atau hubungannya dengan
PKR adalah kemuncak dari perbezaan pendapat dalam PAS.
Secara diam-diam ia telah berlaku lama dalam PAS sejak menjelang pilihan raya umum ke-13 lagi sebenarnya.
Namun ketika itu ia tidak jelas sejauh manakah ia akan pergi. Tetapi
cadangan Harun hari ini menunjukkan ke manakah sasaran segala apa yang
berlaku dalam PAS itu.
Sejak sekian lama, sebahagian ulama dalam PAS mengkritik sesetengah
pucuk pimpinan PAS kerana rapat dengan pimpinan Pakatan Rakyat dengan
pelbagai gelaran diberikan.
Gelaran itu diberikan dengan jelas oleh mereka yang telah keluar dari
PAS. Anwarinas, golongan parasit dan virus dalam PAS adalah gelaran yang
popular.
Datuk Hasan Ali misalnya menjelang dipecat dari PAS menggelar golongan
yang rapat dengan pimpinan PKR khasnya sebagai parasit-parasit dalam
PAS.
Nasharudin Mat Isa sebelum dikeluarkan dari Majlis Syura ulamak
berulang kali mendesak agar PAS mengkaji balik kedudukannya dalam
Pakatan Rakyat.
Berita Harian dalam laporannya dengan jelas melaporkan kenyataan
Nasharudin agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat dengan alasan PKR dan DAP
melanggar syarat muafakat politik atau tahalus siasi.
Kini jelas apa yang dinyatakan oleh Nasharudin sejak sekian lama itu yang dibuat secara rasmi oleh Ketua Dewan Ulama PAS.
Baru semalam, ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tumpat di
Kelantan, AJK PAS Pusat Khalid Samad menyifatkan idea-idea sebegini
adalah dari musuh PAS sendiri yakni Umno.
Ini bukan lagi bibit tetapi tanda-tanda besar perbezaan pendapat dalam
PAS. Ini kerana kedua-dua pihak mempunyai penyokong yang ramai.
Sudah pasti Muktamar PAS ke-59, 22 hingga 24 November ini di Shah Alam akan menjadi medan sebenar perbezaan pendapat ini.
Jika ia tidak diuruskan dengan baik, apa yang berlaku di Turki juga akan berlaku dalam PAS.
Di Turki, parti Islam di sana berpecah kepada dua kumpulan apabila
kumpulan pimpinan Recip Tayyip Erdogan membentuk AKP dan meninggalkan
penyokong Necmetin Erbakan dalam Saadet. AKP terbukti berjaya dan
menjadi parti yang memerintah Turki sejak tiga penggal lalu dan Erdogan
kini adalah Perdana Menteri Turki yang berpengaruh.
Dalam PAS, kumpulan yang dinamakan segagai Erdogan mahu bersama Pakatan
Rakyat, kumpulan penyokong Harun Taib ini mahu mengkajinya.
Apakah kumpulan penyokong yang digelar Erdogan akan berpecah dari
kumpulan penyokong UG selepas muktamar nanti? Pohon dilindungi Allah
dari berlaku. Namun jika ianya untuk kebaikan, terimalah seadanya. - 15
September, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment