myMetro 15 Sep 2013
Colombo: Seorang suspek wanita yang dituduh memiliki heroin di sini mengoyakkan buku rekod polis sebelum menelannya.
Menurut laporan media Sri Lanka, seorang anggota polis yang bertugas
mencatatkan maklumat terperinci mengenai suspek wanita itu selepas dia
ditahan. Polis kemudian memintanya menandatangani laporan berkenaan,
tetapi dia enggan berbuat demikian.
Tidak lama selepas itu, polis terbabit membacakan dakwaan yang ditulis terhadap wanita itu. Suspek tiba-tiba meluru ke arah anggota polis itu lalu merampas rekod laporan berkenaan. Dia kemudian mengoyak dan menelan kertas berkenaan menyebabkan anggota polis yang bertugas itu tercengang dengan perbuatan peliknya.
Di samping itu, ekoran kejadian aneh berkenaan, satu laporan kemudian dibuat di mahkamah majistret Colombo. - Agensi
No comments:
Post a Comment