Gesaan
parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang mahu mayat
Chin Peng (gambar) dibawa pulang ke Malaysia ditolak oleh Persatuan
Pribumi Kebangsaan Malaysia (Perkasa).
Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata kebanyakan pejuang
negara yang terbunuh mempertahankan negara adalah dibunuh oleh pengganas
Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin Chin Peng.
"Jangan bagi orang Melayu marah. Kebanyakan yang terbunuh adalah orang Melayu, tidak kurang juga kaum Cina.
Sementara itu, Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata biarkan abu
mayat Chin Peng terbang ke udara sambil meminta jangan diingat lagi
pengganas komunis berkenaan.
“Baik kita bincang masalah orang hidup. Dia dah mati. Abu mayatnya biar dibuang di udara,” katanya.
MCA hari ini dalam satu kenyataan medianya masih berkeras meminta mayat Chin Peng disemadikan di Malaysia.
Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata tiada
undang-undang dalam negara ini yang melarang seseorang menghembuskan
nafas terakhirnya atau disemadikan di Malaysia..
Beliau memberi contoh Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenar
jasadnya dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan di Jasin dan
Pontian.
Dr Azahari dan Nordin bertanggungjawab dalam insiden pengeboman di Indonesia di antara tahun 2002 dan 2005.
“Lahir dan dibesarkan di Malaysia, Chin Peng ada hak untuk disemadikan
di sini. Setelah semuanya berlalu, apa kemudaratan yang abunya berikan
kepada negara?” tanya Heng yang mahu hasrat ketua komunis itu
disemadikan di kampung halamannya tercapai.
“Kerajaan BN tidak perlu memberi publisiti buruk dengan membuat
keputusan berdasarkan kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - 20
September, 2013.The Malaysian Insider
Bagai nak rak perkasam larang abu mayat Chin Peng ditanam di Malaysia...satu soalan kepada perkasam, macamana korang tahu yang abu mayat chin peng masih di bangkok? Entah-enatah dah tanam kat Malaysia dikampung halamanya? Gaduh -gaduh MCA ngan perkasam ni mungkin hanya wayang je siapa tahu? Ke guane breheng...siapa boleh jamin abu mayat tu tak diseludup masuk ke Malaysia? Malaysia ni kan negara yang Endless posibilities! Lagikan penjenayah yang dikehendaki interpol pun boleh lepas dan elok training kat kem dan siap makan kenduri...inikan pula abu mayat! Ini semua lakonan politik MCA dan Perkasam je!
ReplyDeleteKerajaan BN nampaknya sekali lagi kehilangan peluang untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina. this is a PR crisis. Bukan orang melayu sahaja yang meninggal di tangan komunis. ramai pejuang dari kaum lain juga menjadi mangsa PKM. Dato Sri Najib hubungi saya jika nak tahu bagaimana untuk mengubah menggunakan kematian Chin Peng sebagai peluang untuk meraih kembali sokongan kaum lain.
ReplyDelete