Bekas
menteri penerangan Tan Sri Sri Zainuddin Maidin yang berdepan saman
oleh penasihat DAP Lim Kit Siang merayu bantuan dari seorang lagi tokoh
parti tersebut, Karpal Singh untuk mewakilinya dalam kes berkenaan.
Zainuddin dalam tulisan di blog zamkata.bogspot.com menyebut, beliau merayu demikian tindakan saman Lim ke atasnya merupakan usaha untuk mengugut dan menutup mulutnya.
Katanya, beliau juga memohon bantuan Karpal kerana tokoh DAP tersebut seorang yang berpegang pada prinsip demokrasi.
Ironinya, Karpal bertindak bagi pihak Lim dalam kes tersebut.
Lim mengemukakan surat tuntutan semalam kepada Utusan Malaysia dan bekas timbalan menteri Mohd Puad Zarkashi, susulan dakwaan bahawa Lim kencing di satu tiang bendera dalam 1969, yang mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei.
Mengulas tuntutan tersebut, bekas pengarang kumpulan Utusan Malaysia itu berkata tindakan Lim itu “mencemarkan” nama baiknya.
“Apa yang saya maksudkan ialah kejadian itu adalah hasil dari tindakan, ucapan dan kenyataan demi kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang bersifat menghasut, agresif dan provokatif dalam mempromosikan konsep Malaysian Malaysia yang diwarisi dari PAP”.
“Hal ini telah membakar perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan mereka merasa terancam dan tidak lagi selamat berada di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Zainuddin dalam tulisan di blog zamkata.bogspot.com menyebut, beliau merayu demikian tindakan saman Lim ke atasnya merupakan usaha untuk mengugut dan menutup mulutnya.
Katanya, beliau juga memohon bantuan Karpal kerana tokoh DAP tersebut seorang yang berpegang pada prinsip demokrasi.Ironinya, Karpal bertindak bagi pihak Lim dalam kes tersebut.
Lim mengemukakan surat tuntutan semalam kepada Utusan Malaysia dan bekas timbalan menteri Mohd Puad Zarkashi, susulan dakwaan bahawa Lim kencing di satu tiang bendera dalam 1969, yang mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei.
Mengulas tuntutan tersebut, bekas pengarang kumpulan Utusan Malaysia itu berkata tindakan Lim itu “mencemarkan” nama baiknya.
“Apa yang saya maksudkan ialah kejadian itu adalah hasil dari tindakan, ucapan dan kenyataan demi kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang bersifat menghasut, agresif dan provokatif dalam mempromosikan konsep Malaysian Malaysia yang diwarisi dari PAP”.
“Hal ini telah membakar perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan mereka merasa terancam dan tidak lagi selamat berada di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Jika
Lim Kit Siang mahu melihat semua ucapannya yang bersifat demikian,
boleh saya tunjukkan kerana ada dalam simpanan saya,” katanya.
Zainuddin berkata tulisannya pada 3 September tidak menuduh Lim kencing di satu tiang bendera, tetapi mengatakan dia telah melihat penyokong DAP berarak dalam trak dan menjerit 'Melayu balik kampung!'.

Katanya slogan itu dilaungkan di kawasan-kawasan majoriti Melayu di Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
"Mereka membawa dan mengangkat penyapu. Mereka berani berbuat demikian kerana Lim terlalu terus terang , dan ini membuat orang Melayu bertambah agresif," katanya.

Gambar Lim telah dimuat naik ke laman Facebook
rasmi Tanda Putera dengan keterangan bahawa Lim telah kencing di satu
tiang bendera di halaman rumah Datuk Harun Idris, menteri besar Selangor
pada masa itu.
Gambar berkenaan bagaimanapun dipadam dan pengarah tersebut mendakwa ia dimuatkan oleh seorang peminat.
Filem berkenaan juga tetap memuatkan babak sekumpulan belia Cina kencing di tiang bendera dan seterusnya digambarkan menimbulkan kemarahan orang Melayu dalam filem terbabit.

No comments:
Post a Comment