Saturday, September 7, 2013

Nong Chik kata, Ku Li tak perlu cabar Najib

 Malaysiakini 7 Sep 2013


Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, atau Ku Li, tidak perlu mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam pemilihan parti akan datang, kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

raja nong chikKatanya, dalam pilihan raya umum (PRU13) lalu, Najib telah mencapai
keputusan yang lebih baik untuk Umno walaupun tidak menguasai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Kita dapat balik sebuah negeri (Kedah) dan ahli Parlimen Umno bertambah daripada sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya di Kuala Lumpur hari ini.

Raja Nong Chik (kanan) tewas kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai dalam PRU13.

Katanya, sekarang adalah masa untuk ahli Umno memberi tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang dan bukannya perubahan kepimpinan parti.

Raja Nong Chik dijangka bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi Umno.

NONESementara itu, katanya, cadangan Tengku Razaleigh (kanan) supaya pemegang jawatan dalam Umno dihadkan kepada tinggal penggal, perlu dibincangkan dengan teliti terlebih dahulu.

Semalam, Tengku Razaleigh (kanan) berkata beliau masih menilai sokongan dan  belum lagi membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan tertinggi parti itu.

Dalam perkembangan lain, Raja Nong Chik membidas Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadang diadakan perbincangan dengan kerajaan kerana mendakwa beliaulah (Anwar) yang bertanggungjawab memecah-belahkan Umno apabila kumpulannya menubuhkan PKR.

Bagaimanapun, kata Raja Nong Chik jika parti berasaskan Melayu yang lain seperti PAS juga bersedia untuk duduk semeja, ia boleh dipertimbangkan demi perpaduan kumpulan majoriti di negara ini.

"Kerana jika orang Melayu bersatu, maka bangsa lain akan menghormati kepimpinan kita dan negara boleh menjadi lebih stabil," katanya.

No comments:

Post a Comment