7 Sep 2013 Malaysiakini
Ahmad Fadli KC
Ahli
Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan agar
mewajibkan para menteri dan juga bekas anggota Kabinet mengisytiharkan
harta demi menangani rasuah.
Bekas menteri kewangan itu berkata, langkah tersebut akan membolehkan masyarakat menilai integriti para menteri terbabit.
"Semua menteri termasuklah saya perlu isytihar harta mereka. Pastikan semuanya isytihar harta mereka.
"Kita
tengoklah apa yang kita ada dan tidak ada dan kita bagi rakyat nilai
memandangkan kita ini adalah kepunyaan rakyat," katanya.
Menurutnya,
rasuah sekarang adalah masalah utama dalam pentadbiran negara dan ia
meningkatkan kos pentadbiran yang seterusnya terpaksa ditanggung oleh
rakyat.
"Rasuah adalah masalah terbesar yang kita hadapi.
"Oleh kerananya, kita menanggung akibatnya.
"Semua
projek menjadi mahal dan ini dipindahkan kepada pengguna dan rakyat
menanggung akibatnya," katanya dalam sidang media khas di kediaman
beliau tengah hari tadi.
Sementara
itu, mengulas usul dialog di antara Pakatan Rakyat dan BN yang
diusulkan ketua pembangkang, Tengku Razaleigh berkata ia terpulang
kepada kerajaan untuk menyambutnya atau tidak.
Namun,
beliau sendiri percaya sebarang dialog akan membawa manfaat dan tidak
perlu dilihat dari perspektif siapa yang akan mendapat manfaat dan siapa
yang rugi.
"Bagi saya, apa-apa sahaja dialog adalah bermanfaat.
"(Cuma) jangan fikir siapa yang untung siapa yang rugi," katanya.
No comments:
Post a Comment