"Saya
tidak terlibat," tetapi bagi Datuk A. Samad Said, beliau juga tidak
mengiktiraf Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk mendengar
tuntutan mereka agar beliau memulangkan kembali gelaran Sasterawan
Negara.
Beliau yang lebih dikenali Pak Samad, mengulas dakwaan beberapa pihak
termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa
beliau terlibat dalam mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan
seterusnya memperlekeh beliau.
Desakan Perkasa yang meminta beliau memulangkan sendiri gelaran sasterawan negaranya tidak diendahkan oleh Pak Samad.
Perkasa pada Khamis meminta Pak Samad memulangkan sendiri gelaran
tersebut untuk membuktikan keikhlasannya sambil mengalu-alukan sekiranya
kerajaan mahu menarik balik gelaran itu dari Pak Samad.
“Bapak tidak iktiraf Perkasa. Mereka yang hebohkan, mereka yang wajar
bertindak,” jelas Pak Samad dalam satu kiriman pesanan ringkas kepada
The Malaysian Insider.
Pak Samad menolak kritikan Muhyiddin yang mendakwa beliau terlibat
dengan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan
kemerdekaan hujung bulan lalu.
Katanya, kehadiran beliau di Dataran Merdeka pada sambutan ambang
kemerdekaan adalah memenuhi undangan pihak penganjur badan bukan
kerajaan (NGO) Himpunan Hijau.
“Secara kebetulan mereka yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya
berada di atas pentas yang sama. Saya tidak sedar akan hal itu. Jadi
mudah bagi pihak tertentu untuk membabitkan saya.
“Saya tahu Hishamudin Rais dan Adam Adli datang tetapi mereka datang
lebih awal dari saya. Apabila tiba giliran saya bersama Himpunan Hijau,
mereka sudah ada di sana.
“Perkaitan ini tidak munasabah apabila saya dibabitkan meskipun saya
berasa simpati dengan Adam Adli dan Hishamudin,” katanya semasa ditemui
The Malaysian Insider.
Apabila ditanya adakah beliau bersetuju Sang Saka Malaya dikibarkan
pada malam kemerdekaan, beliau menjelaskan bendera itu relevan dengan
semangat perjuangan golongan terdahulu.
Katanya, Sang Saka Malaya sudah menjadi sejarah namun tidak salah bagi warga Malaysia mengimbas kembali sejarah berkenaan.
The Malaysian Insider melaporkan semalam Muhyiddin menyelar tindakan
Pak Samad kerana terlibat dengan insiden pengibaran bendera Sang Saka
Malaya dan menyifatkan ia merupakan perbuatan yang memalukan.
Muhyiddin itu kesal apabila insiden tersebut terjadi ketika negara
sedang menyambut kemerdekaan sambil menyatakan penglibatan sasterawan
itu amat memalukan dan sangat tidak senonoh kerana Pak Samad membawa
nama Sasterawan Negara.
Katanya, bendera Sang Saka Malaya tidak harus dikibarkan kerana ia
bukan bendera asli Malaya malah dakwaan itu hanya bermotifkan politik
semata-mata.
Muhyiddin berkata sekumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan,
akan sentiasa mencari kesalahan dan mempunyai niat yang tidak baik.
- 7
September, 2013.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment