Rakaman pertemuan antara guru besar dan ibu bapa murid sekolah berkenaan kata kakitangan sekolah jelas menunjukkan perkara itu.
"Rakaman itu boleh membuktikan bahawa guru besar tidak meminta maaf ...
semua akhbar silap," kata kakitangan yang enggan mendedahkan
identitinya.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pristana, Hussein Mohd
Ariff, mengesahkan perkara itu kerana beliau turut hadir dalam pertemuan
yang dibuat Isnin lalu.
"Setakat yang saya ingat, guru besar tidak meminta maaf ... mungkin ibu
bapa salah faham," kata Hussein dipetik dari portal Malaysiakini.
Mohd Nasir dikatakan membuat permohonan maaf atas insiden berkenaan, lapor Setiausaha Malaysian Tamilan Today, K Gunasekaran.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan Mohd Nasir dan menegaskan beliau
tidak pernah membuat permohonan maaf kepada keluarga yang membuat
laporan terhadapnya.
“Saya tidak buat apa-apa kesalahan, jadi tidak perlu memohon maaf,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mahmud Karim, yang berjumpa
dengan Mohd Nasir dan guru sekolah berkenaan pada Rabu lalu, turut hadir
di mesyuarat bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu.
Mahmud mencadangkan supaya seorang pegawai daripada jabatan pendidikan
ditempatkan di sekolah berkenaan sebagai pemerhati sekurang-kurangnya
bagi tempoh sebulan.
Sekolah itu dilanda kontroversi selepas seorang ibu prihatin, Guneswari
Kelly, memuat naik gambar murid bukan Islam makan dalam bilik
persalinan pada waktu rehat pada Ramadan.
Gambar itu tersebar dalam internet dan menyebabkan kemarahan orang awam.
Berikutan itu, 18 laporan polis dibuat terhadap sekolah itu dan guru
besarnya sementara sekolah membalas dengan turut membuat empat laporan
polis, mendakwa guru besar dan beberapa guru diugut.
Guneswari dan dua lagi ibu bapa murid bukan Islam menukarkan anak
masing-masing ke sekolah lain selepas terdapat aduan mengenai buli dan
intimidasi yang dilakukan guru serta murid lain selepas isu itu hangat
diperkatakan pada Julai lalu.
Sekurang-kurangnya 10 murid bukan Islam lain dilaporkan mereka juga akan menukarkan anak masing-masing ke sekolah lain.
Turut dilaporkan bahawa guru besar terbabit membenarkan anggota polis
masuk ke dalam sekolah dan menebual beberapa murid berhubung laporan
polis. Ini menimbulkan kemarahan ibu bapa yang mendakwa anak mereka
trauma selepas disoal polis. – 11 September, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment