Hujan
lebat petang hari itu seakan merestui kehadiran insan yang banyak
menyumbang bakti kepada negara meskipun pada hari itu ada ura-ura beliau
akan ditangkap polis.
Laungan iqamah di Masjid Negara memanggil jemaah segera mendirikan saf untuk sama-sama menunaikan solat Asar secara berjemaah.
Waktu itulah kelibat beliau muncul berbaju Melayu dan berkain samping serba putih membina saf bersama jemaah lain.
Selesai solat, empunya diri yang dimaksudkan Datuk A. Samad said atau
lebih mesra digelar Pak Samad menuju ke satu ruangan di pinggir masjid
untuk beriktikaf.
Beberapa jam sebelum itu, ada khabar angin mengatakan Pak Samad akan
menyerah diri kepada polis selepas solat Asar namun suasana tetap tenang
dan sakinah seperti rumah Allah yang lain.
Beliau kelihatan sedang membaca selembar dua dari kitab suci al-Quran
sebelum diminta kebenaran untuk ditemubual secara mengejut oleh The
Malaysian Insider.
Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan berasal dari kampung yang
sama iaitu Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, beliau lebih
mesra menjawab segala persoalan yang diajukan.
Penerima Anugerah Sasterawan Negara 1985 itu ternyata tersusun
pengucapannya malah perkataan yang keluar dari mulutnya sangat indah
untuk dihayati.
No comments:
Post a Comment