14 Okt 2013
Foto: Reuters
Sebuah jambatan penghubung ke sebuah kuil di Madhya Pradesh, India, dilaporkan akan roboh. Tak disangka warga yang panik ketika cuba saling menyelamatkan diri malah menyebabkan sebuah tragedi maut.
Sebuah jambatan penghubung ke sebuah kuil di Madhya Pradesh, India, dilaporkan akan roboh. Tak disangka warga yang panik ketika cuba saling menyelamatkan diri malah menyebabkan sebuah tragedi maut.
Seperti dilansir kantor berita Reuters, Isnin (14/10/2013), kepanikan yang berhujung maut tersebut terjadi pada Ahad (13/10). Selain korban maut, lebih dari 100 orang mengalami luka-luka.
Jambatan tersebut berada dekat dengan kuil Ratangarh di Daerah Datia di negara bahagian India tengah. Ketika itu hampir 150.000 umat berkumpul untuk merayakan Dussehra di kuil Ratangarh, di sebuah hutan di luar kota Datia, 390 km utara Bhopal.
Jambatan dipercayai akan roboh setelah dilanggar kenderaan berat. Mereka yang tak berdaya berdesak-desakan kemudian terjatuh dan terinjak-injak oleh pengunjung lain.
Kira-kira 20 ribu jemaah ada di jambatan itu dan keadaan menjadi kacau ketika mereka mendapat khabar jambatan akan runtuh. "Mereka berdesakan lari dari jambatan. Puluhan lain memilih terjun ke sungai," kata Polis Datia.
Dikhabarkan masih ramai korban meninggal belum ditemukan kerana ramai yang terjun ke dalam sungai Sindh.
Sumber:detikNews
No comments:
Post a Comment