Harakah, | 15 Okt 2013 |
Kerajaan
memutuskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diserahkan kepada
Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebelum ini, diselenggarakan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ). Sejauh mana keberkesanan sistem itu dapat
dilaksanakan apabila berlaku pengambil alihan ini? Wartawan Harakah,
NYZA AYOB mendapatkan butiran lanjut mengenai isu ini bersama peguam
Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Zul Hazmi Sharif (gambar) baru-baru ini.
HARAKAH: Kerajaan memutuskan serah operasi AES daripada JPJ kepada PDRM. Apakah ini boleh menyelesaikan segala isu bersangkutan dengan AES sebelum ini?
ZUL HAZMI SHARIF: Kerajaan menyerahkan operasi JPJ kepada PDRM kononnya menilai semula AES. Apabila Dato' Seri Hishamudin Hussin umumkan perkara ini, ia bukannya penyelesaian. Ia hanya mengalih isu daripada satu masalah kepada satu perkara yang lain. Ia bukan menyelesaikan masalah tetapi merumitkan. Tetapi rakyat ramai yang tidak tahu. Mereka ingat ia penyelesaian masalah. Kenapa saya kata bukan penyelesaian? JPJ adalah kerajaan. Apabila dia mengatakan kerajaan mengambil alih AES, diserahkan kepada PDRM, itu bukan kerajaan ambil alih. Memang daripada awal lagi pelaksanaan AES dikendali kerajaan, bukan swasta. Yang melibatkan swasta hanya pemasangan kamera dan penyediaan sistem. Pelaksanaan dan operasinya adalah kerajaan. Jika dilihat pada FAQ AES yang ada dalam web site JPJ, agensi yang bertanggung jawab terhadap AES adalah Kementerian Pengangkutan. Macam mana boleh kata kerajaan ambil alih sedangkan daripada awal memang dikendali Kementerian Pengangkutan?
JPJ bertanggung jawab melaksana AES secara langsung...
MIROS bertanggungjawab dalam lokasi pemasangan kamera. JKJR pula bertanggung jawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalan raya mengenai AES. Jadi, di sini secara jelas menunjukkan AES hak milik kerajaan. Cuma sekarang peralihan tugas daripada JPJ kepada PDRM.
Sehingga kini kerajaan enggan dedahkan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada syarikat terbabit, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn bhd sedangkan rakyat perlu tahu perkara ini.
Ini yang kita bangkitkan. Isu Beta Tegap dan Ates ini sudah lama sejak 2009. Tapi 2009 bukan Ates tapi Commercial Circle Sdn Bhd. Commercial Circle menubuhkan Ates. Apa yang dua syarikat ini buat ialah menyediakan kamera, sistem dan peralatan lain yang berkaitan AES seperti kenderaan dan komputer. Kamera yang menangkap kesalahan pengguna jalan raya akan dihantar ke pusat operasi. Pusat operasi ini dimiliki oleh syarikat itu juga. Semua peralatan operasi adalah milik syarikat, cuma dikendalikan JPJ. Ini juga menyebabkan timbul kekeliruan. Bila ia mengatakan Kementerian Pengangkutan tuan empunya, pun salah. Tuan punya bagi AES ini adalah syarikat. Semua milik syarikat untuk tempoh lima tahun. Sebab kerajaan menggunakan prinsip outsource. Kerajaan tidak mengeluarkan duit satu sen pun.
Semua kos dikeluarkan oleh syarikat bukan kerajaan?
Kedua-dua syarikat ini mengeluarkan kos RM717 juta yang merangkumi kamera dan peralatan. Apabila kerajaan mengatakan mengambil alih, ia menjadi hak kerajaan. Apabila kerajaan mengambil alih itulah, ditubuhkan sebuah GLC dinamakan AES Solutions. AES Solutions mengambil alih syarikat, bukan peralatan. Itupun satu masalah. Kita hendak ia ambil alih peralatan dan menjadi hak milik Kerajaan Malaysia. Jika kata kerajaan mengambil alih, maksudnya yang kita hendak ialah kerajaan beli terus peralatan dan sistem serta hak milik syarikat RM717 juta. Jadi, selesai masalah. Apa yang kerajaan nak buat dan uruskan, terpulang pada kerajaan. Apa yang berlaku sekarang ini kerajaan cuma sewa kepada syarikat. Jadi syarikat boleh ambil bila-bila masa.
Apakah PDRM mampu kendalikan kes-kes AES sedangkan banyak lagi kes saman berkaitan PDRM yang tidak selesai?
Perkara ini juga menjadi masalah. Kita kena faham operasi AES sendiri. Maknanya, syarikat set up kamera, buat sistem dan apabila kesalahan dikesan akan dihantar ke centre. Centre ini JPJ dan juga syarikat. Apabila pegawai JPJ mendapat saman, dia akan tengok gambar dan akan semak dengan database. Siapa pemilik kenderaan. Jadi keluarlah nama. Berlaku kesalahan terus ditanda tangan dan terus keluar saman. Sekarang ini jika polis yang akan buat perkara ini, yang pertama, adakah polis mempunyai kepakaran? Yang kedua polis pun nak kena pakai database JPJ. Sebab semua berkaitan pengkalan data adalah di bawah JPJ. Jadi polis nak kena buat dua tiga perkara. Polis kena juga semak dengan JPJ.
Kenapa tidak JPJ yang laksanakan AES ini?
Apa masalah yang kena serahkan kepada polis sedangkan polis juga tidak cukup kakitangan? Apabila diberi kepada polis, adakah polis hendak tubuhkan satu unit baru di bawah jabatan trafik iaitu unit AES pulak? Sedangkan polis boleh buat perkara lain. Polis sendiri ada 15 juta lebih saman dan notis yang tidak selesai. Polis sendiri tidak dapat menyelesaikan saman, bagaimana nak uruskan satu benda baru? Adakah sekarang ada latihan diberikan kepada anggota polis yang hendak jaga operasi AES? Segala persoalan ini kerajaan perlu jelaskan kepada kita. Jika kerajaan buat keputusan AES ini diserahkan kepada polis, perlu dijelaskan bagaimana berlaku pertukaran tersebut. Adakah pegawai polis take over dalam centre itu? Sebab itu yang kita tahu centre adalah JPJ. Sekarang ini pun kita tidak pasti. Sedangkan Dato' Seri Zahid Hamidi kata diserahkan serta merta kepada polis.
Betul sekarang ini polis menjalankan operasi tersebut?
Jika kita tengok di jalan, masih lagi JPJ yang buat. Sebagai contoh ada 14 lokasi AES. Di Lembah Klang ada tujuh. Daripada tujuh ini ada dua unit bergerak dan yang bawa hilux ini adalah JPJ. Ini bermakna AES masih di bawah JPJ dan bukan polis. Bagaimana Zahid dan Hishamudin boleh cakap AES sudah diserahkan kepada polis? Serah yang bagaimana? Adakah saman sahaja diserahkan kepada polis? Perkara ini memang tidak jelas.
Kerajaan cuba alihkan isu mengenai AES sahaja...
Sekarang ini bila dikatakan polis ambil alih AES, orang akan lihat polis lebih tinggi daripada JPJ. Bila polis dah buat, nak pertikai apa lagi? Sedangkan JPJ dengan polis, daripada segi undang-undang keselamatan jalan raya ini sama sahaja levelnya. Malah JPJ lebih tinggi sebab JPJ berkuasa penuh terhadap kenderaan. Kalau polis hendak black list, dia kena minta kerjasama JPJ. Sebab itu kita lihat ia akan merumitkan apabila penguatkuasaan AES ini diserahkan daripada JPJ kepada polis di samping membebankan polis dengan tugas-tugas yang baru. Kita sebenarnya bukan bermasalah dengan JPJ tetapi kita bermasalah dengan perlaksanaan AES itu sendiri.
Sejak awal penguatkuasaan AES ini, Kase bertegas saman AES tidak perlu dibayar dan pengguna yang dikenakan saman hendaklah membawanya ke mahkamah. Terbaru kerajaan mengenakan kompaun RM 150 dengan menggunakan konsep 'the more you delay, the more you pay'...
Kase masih berpegang kepada desakan dan pendirian kami iaitu saman AES, saman trafik atau saman ekor tidak perlu dibayar. Bukan bermaksud kita tidak mengaku bersalah. Konsep saman ialah arahan ke mahkamah. Masalah rakyat Malaysia, apabila dapat surat saman itu, dia tidak baca sepenuhnya. Jika kita lihat pada saman AES yang diperolehi, maksud saman tertulis: Kamu dengan ini diperintahkan supaya hadir sendiri atau bersama peguam di hadapan mahkamah majistret (di tempat kesalahan dibuat). Jadi, ini bermakna saman ini meminta hadir ke mahkamah. Tidak pula dituliskan: Kamu dengan ini dikehendaki membayar RM 300 disebabkan melakukan kesalahan. Cuma yang orang tidak faham apabila ditulis: Kesalahan ini boleh dikompaun dan kamu boleh membayar kompaun sebanyak RM300 pada tarikh (yang dinyatakan). Perkataan yang ditulis adalah "boleh bayar" bukan "wajib bayar". Sekarang ini jika kita tidak mahu bayar, kita hadir ke mahkamah. Dalam isu saman AES ini, kita bertegas saman bukanlah yang patut dibayar. Kalau kompaun diturunkan daripada RM300 ke RM150, ke RM1 sekalipun, tidak wajib dibayar kompaun itu. Jika orang tidak bayar, apa kerajaan boleh buat? Konsep 'the more you delay, the more you pay' digunakan seperti konsep saman ekor.
Boleh bagi contoh?
Contohnya saman dikeluarkan hari ini dan sehingga hari ke 14 kompaun RM150. Hari ke 15 hingga ke 20 RM200. Dan hari ke 20 hingga hari ke 30 RM 300, iaitu maksima kompaun. Jadi, berapa yang di offer, isunya kita boleh memilih sama ada hendak bayar atau tidak bayar. Sekarang ini, apabila peguam negara keluarkan arahan sejak 18 Disember 2012, Peguam Negara keluarkan arahan semua saman AES tidak akan didaftarkan di mahkamah. Jadi, apa value saman ini? Kenapa kita hendak bayar kompaun? Sekarang ini kita hendak pergi mahkamah, tapi peguam negara kata AES tidak perlu pergi mahkamah. Sebab itu saya cabar, Tan Sri Ghani Patail, Dato' Seri Zahid Hamid, Ketua Pengarah JPJ atau sesiapa sahaja terlibat dalam AES ini atau dalam undang-undang, buktikan kepada saya kalau ada satu ayat dalam saman itu mengatakan "wajib" bayar saman, saya bersedia bayar semua 600,00 ribu lebih saman AES setakat 6 Jun 2011. Tapi jika tidak ada tolong batalkan semua saman tersebut serta pulangkan semua kompaun. Sampai hari ini cabaran itu tidak disahut langsung. Kita bukan pertikai validity saman, ia dikeluarkan ikut kaedah. Tapi adakah saman itu bernilai apabila peguam negara umumkan saman itu tidak akan didaftarkan di mahkamah.

No comments:
Post a Comment