15 Okt 2013
Shanghai: Sebuah keluarga di Shanghai yang pulang daripada bercuti
pada percutian Minggu Kebangsaan mendapati kediaman mereka dipecah masuk
dan pencuri turut mencuri makanan, pakaian serta barang elektronik.
Akhbar Xinmin Evening News melaporkan perkara yang paling mengejutkan
keluarga itu ialah pencuri sempat mencuci baju kotor mereka sebelum
beredar. Keluarga itu yang bercuti seminggu hingga 3 Oktober lalu
mendapati skrin televisyen LED, pakaian dan makanan mereka hilang.
Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pencuri turut memasak. Si isteri
yang dikenali sebagai Zhao terkejut apabila mendapati pakaian suaminya
dicuci dan dijemur. Ketika memeriksa kediaman itu, polis menemui
sebilah pisau dan dadah yang dipercayai milik suspek. - Agensi
No comments:
Post a Comment