PAS
menuntut bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan
secara spesifik individu yang dimaksudkannya "menyertai Umno nak kaya".
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, perkara itu
perlu bagi membolehkan perwakilan Umno untuk mengenalpasti calon yang
akan dipilih mereka pada 19 Oktober depan.
"Saya kata macam ini bukan sebab saya sayang Umno. Tapi bila mereka itu
dipilih dari kalangan perasuah, kerajaan tidak akan bebas," katanya
kepada The Malaysian Insider semalam.
"Apabila perasuah menjadi pemimpin, ekonomi negara sudah pasti hancur," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
Dr Mahathir sebelum ini menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang
pemilihan parti kerana ramai yang menyertai parti itu dakwanya
semata-mata mahu menjadi kaya.
Anak beliau, Datuk Mukhriz Mahathir, merupakan salah seorang calon naib
presiden yang akan dipilih oleh perwakilan Umno seluruh negara hujung
minggu ini.
Dr Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri paling lama berkidmat
itu turut menggesa supaya pemimpin baru dan muda diberikan peluang
kerana langkah tersebut akan mampu membersihkan Umno.
"Bahkan pemimpin Umno di semua peringkat dianggap menyertai Umno bukan
kerana bangsa, agama dan negara tetapi ingin memperkayakan diri.
"Hanya dengan memberi kepimpinan Umno kepada orang muda dan belum
tercemar barulah pembersihan Umno boleh menjadi kenyataan dan diterima
oleh masyarakat," katanya dipetik di edisi Ahad akhbar Utusan Malaysia,
Mingguan Malaysia September lalu.
Pemilihan Umno yang akan diadakan secara serentak pada 19 Oktober depan
untuk memilih pemimpin di peringkat bahagian dan pusat bukan saja
penting untuk kelangsungannya menghadapi pilihan raya akan datang,
bahkan juga merupakan ujian kepada ahli peringkat akar umbi yang pertama
kali diberi peluang memilih pemimpin serta mencorakkan parti itu.
Mahfuz menegaskan, Dr Mahathir perlu berani dengan menamakan individu berkenaan demi semangat cintakan tanah air.
"Dr Mahathir kena berani. Ini bukan untuk Umno, tapi untuk negara," katanya.
Keputusan pemilihan sayap parti Melayu itu minggu lalu menyaksikan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal
sebagai penyandang jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Umno.
"Keputusan itu jelas membuktikan perwakilan tidak kisah dengan isu perasuah ini," kata Mahfuz lagi.
Pemilihan Umno kali ini menggunakan sistem pemilihan baru dengan
sejumlah 150,000 perwakilan akan mengundi untuk memilih Ahli Majlis
Tertinggi, Naib Presiden, dan juga ketua sayap. – 15 Oktober, 2013.
The Malaysian Insider
Yang mudakah? Yang tuakah? Dalam UMNO, tak ada beza sebab yang tua dah didik yang muda. Fikirlah ... kalau dah biasa makan tahi, mana mungkin boleh berubah tabiatnya. Anjing kalau diajar tak makan tahi, anjing tu tak akan jamah tahi tapi kalau diajar makan tahi, sudah pasti akan menjamahnya. Kalau tak dapat, akan berusaha untuk mendapatkan tahi dengan apa cara sekalipun.
ReplyDeleteDalam UMNO, ibarat yang diberi oleh TG Nik Aziz .... TONG TAHI. Mungkinkah orang yang dok dalam tong tahi tu, dirinya bersih????