myMetro 27 Okt 2013
Leszno (Poland): Seorang kanak-kanak sekolah membunuh diri kerana terlalu rindu untuk menemui mendiang bapanya.
Maria Kislo, 12, ditemui tergantung di biliknya oleh ibunya, Monika,
35 malam kelmarin ketika cuba membacakan buku cerita kepadanya sebelum
tidur.
Di sebelah mayat Maria ialah nota ringkas yang berbunyi: “Ibu tersayang. Harap anda tidak sedih. Saya terlalu merindui bapa. Saya mahu menemuinya.” Bapanya, Arek meninggal dunia pada 2009 selepas diserang sakit jantung.
Monika, 35, berkata: “Saya kehilangan suami lima tahun lalu. Kali
ini, anak saya pula pergi. Mujur saya ada anak lelaki. Jika tidak, saya
pasti mengekori mereka.” -Agensi
No comments:
Post a Comment