Wednesday, October 16, 2013

Culik Diri Sendiri Untuk Perasugut Suaminya

16 Okt 2013

Jakarta - Seorang wanita di Nigeria nekat memalsukan penculikan dirinya sendiri untuk meminta wang tebusan $ 1,200 dolar AS dari suaminya. Wanita tersebut kini telah ditahan oleh pihak  polis  setempat.

"Polis juga menangkap anak buahnya yang bersubahat dengannya," ujar juru cakap polis  di Negara Bahagian Enugu, Ebere Amarizu, seperti dilansir dalam reuters, Selasa (15/10/2013).

Selain itu polis  juga menyita teksi  motorsikal lelaki yang membantu aksi penculikan ini. Rekening bank yang diberikan untuk pembayaran suaminya juga disita. Pembayaran tersebut dilakukan dengan 200,000 naira ($ 1,200) .

"Mereka telah mengakui kejahatannya," kata Ebere.

Kini polis masih melakukan penyiasatan terhadap kes tersebut. Keduanya akan diseret ke mahkamah.

"Dalam beberapa kes, polis  percaya mangsa berkolusi dengan para penculik mereka," ucap Ebere.

Ebere mengatakan, aksi penculikan untuk tebusan tersebut telah menyebar luas di selatan Nigeria, khususnya di wilayah penghasil minyak Delta, daerah etnis Igbo Utara, di mana Enugu terletak dan pusat komersial Lagos.
   Sumber:detikNews

No comments:

Post a Comment