Jawapan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim (gambar)
yang menyamakan ijazah palsu dengan beg tangan tiruan Louis Vuitton
membuktikan sikap pilih kasih kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam
menangani masalah itu.
Ahli Parlimen Serdang DAP, Dr Ong Kian Ming, berkata ijazah tidak boleh
disamakan dengan beg tangan tiruan kerana memperoleh segulung ijazah
memerlukan usaha keras selama tiga hingga empat tahun dan berlandaskan
syarat tertentu.
“Jawapan Shahidan menghina graduan Malaysia dan membuktikan BN tidak
berminat menyiasat perkara itu. Seseorang yang membeli ijazah mempunyai
kredibiliti dan maruah jauh lebih rendah daripada mempunyai beg tangan
tiruan.
“Seseorang menteri yang mempunyai ijazah atau diploma palsu akan
menjadi bahan tertawa di peringkat kebangsaan atau antarabangsa,"
katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Shahidan dalam jawapan lisannya berkata, kakitangan kerajaan yang didapati memiliki ijazah palsu akan dipecat.
Beliau turut memaklumkan senarai universiti yang disahkan boleh
diperiksa melalui laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ong berkata, institusi pendidikan luar negara yang menjadi tempat
belajar dua orang menteri Kabinet iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk
Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon
Ebin tidak terdapat dalam laman web JPA.
Katanya, kerajaan tidak seharusnya mengamalkan sikap pilih kasih dengan
memberi keistimewaan kepada menteri dan membezakan mereka daripada
penjawat awam yang lain.
“Di Pakistan, ahli parlimen akan dipenjara jika menggunakan ijazah
palsu dan begitu juga di Jerman, dua menteri mereka diarah meletakkan
jawatan selepas didapati memplagiat hasil tesis mereka.
“Adakah tahap integriti di negara kita begitu rendah sehinggakan
Shahidan boleh berjenaka dengan perkara ini sebagaimana jawapannya di
Parlimen?” katanya yang mempersoalkan ijazah dua menteri Kabinet
tersebut.
Shahidan hari ini pada sidang Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Ong
mengenai tindakan kerajaan terhadap mereka yang menggunakan ijazah
palsu.
Beliau berkata, menggunakan ijazah palsu sama seperti mendapatkan
barangan berjenama Louis Vuitton palsu yang bukan asli dari butik
sebenar.
“Apa boleh kita buat jika dia hanya mahu gantung di rumahnya? Jika tindakan diambil, kita harus buat undang-undang baru.
"Ia sama seperti barangan palsu dari China yang menggunakan jenama
Louis Vuitton, tetapi bukan barangan asli,” kata Shahidan di Dewan
Rakyat hari ini.
harus berlaku adil kepada semua rakyat malaysia....jom berblogging.
ReplyDelete