Wednesday, October 2, 2013

Lelaki yang tembak perompak mati ditembak polis

  2 Okt 2013

Texas - Tragis! Seorang lelaki di Texas,   mati ditembak polis  kerana disangka penjahat. Padahal lelaki ini baru saja menembak seorang lelaki yang menyusup masuk ke dalam rumahnya dan hendak melakukan tindak jenayah.

Media setempat, Dallas Morning News memberitakan bahawa polis  tidak menyedari yang William Keith Hall sedang  menjaga rumahnya dari seorang penjahat yang hendak beraksi. Ketika tiba di lokasi, menurut polis , Hall mengabaikan perintah polis untuk meletakkan senjatanya.

Mayor Jeff Cotner menyatakan, Hall menodongkan pistol ke arah polis   dan sejumlah saksi  yang ada di lokasi kejadian. Menurut Cotner, Hall diberi banyak waktu untuk meletakkan senjatanya.

"Dia mendapat banyak peringatan, dan dia tidak menurutinya malah melawan anggota keselamatan," tutur Cotner kepada Dallas Morning News dan dilansir Fox News, Rabu (2/10/2013).

Hall juga sempat menodongkan senjatanya ke arah seorang pekerja konstruksi  dekat lokasi kejadian. Pekerja tersebut merupakan orang pertama yang melapor polis  setelah mendengar suara tembakan.

Pekerja kontruksi yang bernama David Humphrey tersebut, memberitahu polis  bahawa Hall berteriak kepada orang-orang yang ada di sekitarnya untuk menjauh dari lelaki yang ditembaknya. Lelaki yang disebut-sebut menyusup masuk ke dalam rumah Hall itu diketahui bernama Jerry Wayne Hale (30).

Menurut Humphrey, Hall juga berusaha melepas tembakan ke arah orang-orang yang ada di sekitarnya, namun gagal kerana pistolnya macet. Secara terpisah, kekasih Hall memberitahu polis  bahawa lelaki yang ditembak tersebut memang hendak merompak rumah Hall.

Penelusuran Dallas Morning News menemukan fakta bahawa Hall pernah 14 kali ditangkap polis sejak tahun 2000. Namun Hall tidak memiliki catatan jenayah sama sekali. Tetangga-tetangganya menyebut Hall sebagai lelaki penyendiri.

Baik Hall maupun lelaki yang ditembaknya mati ditempat kejadian.
 Sumber:detikNews

No comments:

Post a Comment