myMetro 5 Okt 2013
Jakarta: Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Indonesia, Akil Mochtar
dilaporkan menangis ketika pegawai Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah
(KPK) menahannya bersama empat yang lain.
Sumber KPK berkata, Akil ditahan bersama empat orang kanannya di sebuah rumah di Widya Chandra, Jakarta Selatan kelmarin.
“Apabila suspek diberkas, dia menyatakan kekesalannya sambil menitiskan air mata,” katanya.
Dianggap antara hakim paling kanan di Indonesia, Akil ditahan KPK kerana dipercayai mengambil rasuh dalam ke pemilihan ketua daerah Gunung Mas di Kalimantan Tengah.
Dianggap antara hakim paling kanan di Indonesia, Akil ditahan KPK kerana dipercayai mengambil rasuh dalam ke pemilihan ketua daerah Gunung Mas di Kalimantan Tengah.
PEGAWAI KPK menunjukkan wang tunai yang ditemui dalam beg di kediaman Akil ketika dia diberkas, kelmarin.Sumber berkata, KPK memang sudah lama memerhatikan tindak-tanduk Akil tetapi hanya dapat menahannya selepas berlaku transaksi antara suspek dengan anggota Dewan perwakilan Rakyat, Chairunnisa.
Sementara itu, pesuruhjaya KPK, Bambang Widjojanto berkata, pegawainya turut menemui ganja dan pil ecstasy di pejabat Akil.
“Ya, kami menemui dadah itu ketika memeriksa pejabatnya kelmarin,” katanya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dadah itu milik Akil atau sebaliknya.
Akil dinamakan sebagai suspek utama yang menerima suapan AS$284,050 (RM901,456) dan $22,000 (RM69,818) daripada Pegawai Daerah Gunung Mas, Hambit Bintih dan ahli perniagaan dari Palangkaraya, Cornelius Nalau agar dia mengeluarkan arahan yang memihak kepada mereka ketika kes undang-undang pilihan raya di Gunung Mas.
Dia dinamakan suspek bersama peguam Susi Tur Andayani yang menerima suapan RP1 bilion (RM280,560) daripada Tubagus Chaeri Wardana, suami kepada Datuk Bandar Tangerang Selatan Airin Rachmy Diani dan abang kepada Gabenor Banten Ratu Atut Chosiyah. - Agensi
No comments:
Post a Comment