Kemarahan
dan keluhan semakin kedengaran di kalangan ahli politik Umno, blogger
dan penjawat awam yang membantah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak
(gambar) kerana terlalu bergantung kepada konsultan, daripada merangka
polisi awam sehinggalah kepada kerja-kerja remeh seperti menyediakan
pembentangan power point kepada agensi-agensi dalam kerajaan.
Malah secara faktanya, terdapat kebimbangan yang besar ke atas kerajaan
dan pengurusan aset negara Khazanah Nasional yang mengambil khidmat
konsultan luar seperti McKinsey and Co, Boston Consulting Group, Frost
and Sullivan, Ernst and Young dan sebagainya, sehingga menimbulkan
persoalan yang membingungkan.
Adakah kebergantungan kepada perunding ini membawa kepada penurunan kualiti sektor perkhidmatan awam negara?
Mengapa Khazanah Nasional dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan
mengupah konsultan ini untuk operasi pejabat, sedangkan mereka mempunyai
beribu-ribu pekerja yang dibayar dengan gaji yang tinggi?
Terdapat konsultan yang dikaitkan dengan setiap tugasan utama di
Malaysia. Daripada pelan Iskandar, hinggalah pelan tindakan pendidikan,
koridor ekonomi, rancangan lima tahun ekonomi, kereta api berkelajuan
tinggi ke Singapura, strategi pilihan raya, penjenamaan, dan sebagainya.
Tekanan yang dihadapi parti pemerintah dan perkhidmatan awam ke atas perkhidmatan luar Malaysia dilihat telah pun bermula.
Satu kajian daripada penyokong Umno dan kakitangan awam badan kajian
bebas Merdeka Center mendapati rasa tidak puas hati yang tinggi terhadap
penggunaan perunding kerajaan ini.
Sebanyak 42% daripada mereka yang ditinjau berasakan perunding yang
digunakan pentadbiran Najib tidak memberi sumbangan yang memuaskan.
Baki 30% pula tidak pasti mengenai sumbangan perunding.
Dalam perbincangan bersama kumpulan kecil dengan ahli-ahli akademik,
badan pengkaji tersebut mendapati wujud kemarahan terhadap kecekapan
agensi kerajaan iaitu Pemandu, dimana pensyarah universiti kecewa kerana
terpaksa menerima arahan daripada konsultan tersebut tanpa mempunyai
matlamat yang jelas serta tidak memahami situasi sebenar yang berlaku di
dunia.
The Malaysian Insider mendapat tahu pendedahan baru-baru ini dimana
McKinsey mengenakan RM20 juta untuk menyediakan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan telah membawa kepada persoalan mengenai bilangan perunding
dan bil-bil yang dikemukakan mereka di Dewan Rakyat.
Malah terdapat juga beberapa ahli Parlimen telah meminta Jawatankuasa
Kira-kira Awam (PAC) untuk meneliti kesan bayaran terhadap kajian atau
analisis yang dilakukan oleh konsultan tersebut.
Blogger pro-Umno terkenal Syed Akbar Ali menulis mengenai perkara
tersebut semalam yang menyatakan sebuah syarikat konsultan Frost &
Sullivan telah berkembang daripada 10 orang di Malaysia pada tahun 2000
kepada 120 orang tahun ini, dengan kebanyakan pelanggannya adalah
daripada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan.
"Syarikat itu mendapat perolehan sebanyak AS$45 juta (kira-kira RM140
juta) tahun lepas. Keuntungan hampir AS$9 juta (kira-kira RM28 juta).
Saya fikir mereka telah menemui El Dorado mereka di Malaysia di dalam
akaun bank Khazanah," kata Syed Akbar laman blognya, OutSyed the Box.
Beliau juga mendedahkan Frost & Sullivan bakal membuka sebuah
pejabat di Iskandar Malaysia, yang dikendalikan oleh Khazanah Nasional.
Beliau membidas syarikat tersebut kerana dengan dengan bongkaknya
mengatakan mereka akan menjadi sebuah syarikat terbesar di dunia dengan
830 kakitangan pada tahun 2020.
Syed Akbar juga menegaskan bahawa Frost & Sullivan memberi anugerah
yang tidak diketahui dikenali’Global Award for Visionary Innovation
Leadership’ kepada Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman
Mokhtar semasa lawatan keduanya ke San Francisco di mana syarikat negara
yang kaya tersebut telah membuka pejabatnya.
"Dan ia begitu mudah untuk menggembirakan orang bodoh. Hanya memberikan
mereka anugerah tersebut dan mereka akan menyerahkan semua wang tunai
kami," kata beliau. - 4 Oktober, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment