Harakahdaily
Zulkifli Yahya, | 18 Okt 2013 |
YAN: Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Dato' Ir Amiruddin Hamzah (gambar) menggesa pengundi dalam kawasan ini menjadikan skor terbaru untuk keputusan pilihanraya Dun Sungai Limau sebagai 10-4.
Berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat untuk PRK Sungai Limau, Amiruddin memberitahu, sejak pilihan raya umum diadakan pada 1955 sehingga 2013, Sungai Limau yang dahulunya dikenali sebagai Sala telah mencatatkan 9 kemenangan untuk PAS dan hanya empat kemenangan untuk BN.
"Saya menyeru pengundi Sungai Limau memberi satu lagi kemenangan untuk PAS dalam PRK ini bagi menjadikan kedudukan 10-4," ujarnya.
Beliau berkata, walaupun perkara tersebut menjadi tekad PAS untuk PRK kali ini namun ia bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah untuk dicapai kerana BN pasti akan turun dengan jentera kerajaan yang luarbiasa.
Para petugas Pakatan diseru bertemu dan menyantuni kesemua pengundi yang terdapat di Sungai Limau.
Menurut Amiruddin, walaupun kerajaan BN sudah lebih lima bulan menerajui pentadbiran negeri namun tiada apa lagi perubahan yang dapat dilihat oleh rakyat.
Secara sinis beliau berkata, kerajaan pimpinan Mukhriz terlalu banyak saintis yang membawa semua cadangan pembangunan dalam makmal kajian tetapi tidak nampak pula hasil kajiannya.
Rakyat Kedah kini, katanya sudah dapat membuat perbandingan antara kejayaan yang dicatatkan oleh kerajaan Pakatan dahulu berbanding BN kini.
"Kalau dahulu bila berlaku kematian kerajaan beri bantuam Kafalah sebanyak RM500, masa BN sekarang kalau mati cuma ada 'Kafanlah' tanpa sebarang bantuan," ujarnya.
Begitu juga bantuan untuk pelajar yang berjaya memasuki IPTA.
"Masa kita dulu ada, sekarang sudah tiada," katanya.
Apa yang lebih mengecewakan adalah kegagalan BN menguruskan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang terdapat di Kuala Ketil.
Menurut Amiruddin, walaupun Pakatan meninggalkan kepada mereka sebuah kampus induk yang mempunyai pelbagai kemudahan tetapi BN ibarat 'kera mendapat bunga' kerana tidak tahu menggunakannya.
"Malah terdapat pelajar yang diarah kembali ke kampus lama yang serba sempit, sehingga terdapat pelajar terpaksa mengikuti kuliah dengan 'menyerenggoh' di luar tingkap," ujar Amiruddin.
Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat untuk PRK Sungai Limau itu dihadiri oleh sebahagian besar pemimpin utama PAS, KeADILan dan DAP negeri Kedah.
Perasmian pelancaran dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu

No comments:
Post a Comment