11 Okt 2013
Oleh Muhammad Apendy Issahak
Ipoh: Empat perompak yang melarikan barang kemas bernilai RM1.8 juta
dari sebuah kedai emas di Bandar Meru Raya, di sini, lolos untuk cuma 15
minit sebelum tiga daripada mereka ditembak mati, semalam.
Selepas melakukan rompakan pada jam 10.50 pagi itu, tiga suspek
lelaki ditembak mati berhampiran Pasar raya Mydin Bandar Meru Raya, di
sini, manakala seorang lagi melarikan diri ke kawasan ladang sawit
berhampiran.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sejurus
menerima maklumat kes rompakan itu pihaknya segera menjejaki suspek
sebelum mengesan Proton Waja perak dinaiki mereka pada jam 11.05 pagi.
Menurutnya, tindakan pantas polis membolehkan kereta dinaiki suspek disekat berhampiran persimpangan lampu isyarat Lebuh Meru Raya tidak jauh Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, di sini.
Menurutnya, tindakan pantas polis membolehkan kereta dinaiki suspek disekat berhampiran persimpangan lampu isyarat Lebuh Meru Raya tidak jauh Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, di sini.
TIMBALAN Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam (dua dari kiri) bersama pegawainya memeriksa tempat kejadian.“Ketika cuba ditahan, kenderaan dinaiki empat suspek itu terus memecut laju dan seorang daripadanya melepaskan satu das tembakan yang mengenai bonet kenderaan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment