6 Okt 2013
Wang sejumlah 4 trillion lebih
ini masuk ke akaun bank seorang pengurus resto Amerika .
dailymail.co.uk
Kebanyakan billionair menandakan kekayaan mereka dengan membeli kereta mewah, kapal
pesiar, istana, hingga pulau peribadi. Namun lelaki Amerika Syarikat
ini, Reggie Theus menawarkan membayar hutang negara yang hingga kini masih menjadi perdebatan hangat. Theus mendapat wang 4 trillion masuk mendadak ke akaunnya dan menjadikan dia
lelaki terkaya sejagat.
Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Jumaat (4/10), Theus bekerja
sebagai pengurus restoran. Dia mengatakan terkejut apabila melihat akaun banknya
terisi penuh, "Aku belum pernah sekaya ini," katanya.
Namun bank yang tidak disebutkan namanya itu menyedari kesalahannya dan
segera mengeluarkan semula wang dari akaun Theus. Bank itu juga
enggan menyebutkan pegawai yang telah melakukan kesilapan itu.
Theus pun tidak jadi menawarkan wangnya demi membiayai hutang
negara ketika ini masih menjadi perdebatan antara Parti Republik dan
Demokrat.
Masalah anggaran ini masih belum diketahui hujungnya yang berdampak
pada penutupan beberapa instansi pemerintah, bahkan Presiden Barack
Hussen Obama membatalkan perjalanannya ke Asia demi mengurus penetapan
anggaran Amerika itu.
No comments:
Post a Comment