
Kerajaan
tidak menyebut tentang perhimpunan BERSIH 3.0 atau serangan ke atas
wartawan yang berlaku semasa perhimpunan itu dalam laporan hak asasinya
kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (HRC).
Dalam
laporan 21 muka surat yang dikemukakan kepada PBB pada bulan Julai,
menjelang Semakan Berkala Sejagat (UPR) mengenai Malaysia Sabtu ini di
Geneva, kerajaan telah mengemukakan imej yang bersih mengenai isu-isu
hak asasi manusia.
Walaupun menyebut inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terhadap keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH, kerajaan tidak menyebut hasil inkuiri Suhakam itu dan juga latarbelakang di sebalik inkuiri itu dijalankan.
Malaysia akan berdepan dengan negara-negara seangkatannya di hadapan HRC Sabtu ini dalam satu semakan yang dilakukan sekali bagi setiap empat dan setengah tahun.
Dalam
laporan 21 muka surat yang dikemukakan kepada PBB pada bulan Julai,
menjelang Semakan Berkala Sejagat (UPR) mengenai Malaysia Sabtu ini di
Geneva, kerajaan telah mengemukakan imej yang bersih mengenai isu-isu
hak asasi manusia.Walaupun menyebut inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terhadap keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH, kerajaan tidak menyebut hasil inkuiri Suhakam itu dan juga latarbelakang di sebalik inkuiri itu dijalankan.
Malaysia akan berdepan dengan negara-negara seangkatannya di hadapan HRC Sabtu ini dalam satu semakan yang dilakukan sekali bagi setiap empat dan setengah tahun.
No comments:
Post a Comment