Thursday, October 31, 2013

Lelaki bunuh kekasih gelap yang dijangkiti Virus HIV

31 Okt 2013

 
Larry Dunn (Fox News)
Dallas - Seorang lelaki di Dallas, Amerika Syarikat   membunuh kekasih gelapnya setelah menyedari bahawa wanita tersebut menderita virus HIV. Lelaki ini mengaku membunuh kekasih gelapnya  itu, kerana khuatir virus HIV tersebut akan menjangkiti isterinya.

Larry Dunn mengakui dia telah membunuh wanita bernama Cicely Lee Bolden yang merupakan kekasih gelapnya. Dunn mendatangi rumah Bolden pada September 2012 dan berhubungan badan dengan wanita tersebut untuk terakhir kalinya, sebelum membunuhnya. Anehnya, Dunn belum pernah membuat pemeriksaan dirinya apakah tertular HIV atau tidak.

"Dia (Bolden) membunuh saya, jadi saya membunuhnya," demikian pernyataan Dunn seperti dikutip The Dallas Morning News dan dilansir Fox News, Khamis (31/10/2013).

Dalam perbicaraan terungkap, usai bercinta dengan kekasihnya, Dunn mengambil pisau dari dapur dan kemudian menusukkannya ke leher Bolden yang sedang berbaring di katil. "Dia (Bolden) tidak menyedarinya hingga pisau itu di lehernya. Dia tidak terlalu kuat," terang Dunn kepada polis  dalam laporan yang diungkap dalam perbicaraan.

Mayat Bolden ditemui oleh kedua anaknya. Bolden ditemukan terbaring di katil dalam keadaan telanjang mulai dari pinggang ke bawah.

Jika didapati bersalah, Dunn akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas dakwaan pembunuhan. Namun peguam Dunn menyatakan, pihaknya akan berusaha keras membuktikan bahawa tindakan Dunn tersebut dilakukan secara spontan, sehingga hukuman maksimanya hanya 20 tahun penjara.

Dunn mulanya menyangkal yang dia telah membunuh Bolden. Namun apabila polis  terus menekannya hingga akhirnya dia mengakui seluruh perbuatannya kepada polis .

"Saya ingin dia membayar semuanya. Membunuhnya tidak masuk dalam daftar menu. Memang harus berakhir seperti itu," tegas Dunn dalam keterangannya kepada polis .

No comments:

Post a Comment