13 Okt 2013
Oleh FIRDAUS SAHAT
Kuala Lumpur: Bagaikan coretan diari duka, hidup seorang lelaki
menjadi tidak keruan sejak empat bulan lalu apabila dua anaknya berusia
10 dan lapan tahun hilang secara tiba-tiba.
Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan
kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34, hampir dua bulan
akibat tekanan perasaan dan kemurungan sebelum ditemui semula Selasa
lalu.
Episod sedih kehidupan juruelektrik itu bermula apabila dia, isteri
dan lima anak mereka Nordiana Shafiza, 10; Muhammad Shariz Denial, 9;
Muhammad Shafiz Denial, 8; Muhammad Aiman Denial, 2, dan anak bongsunya
berusia tujuh bulan, Muhammad Alif Denial berkunjung ke ibu kota dari
Johor Bahru kerana urusan menguruskan pertukaran nama bapa pada surat
beranak tiga anak pertamanya.
Ini berikutan Nordiana, Shariz dan Shafiz berbin dan berbintikan Abdullah kerana Muhammad Shah sebelum itu tidak mempunyai kad pengenalan (MyKad) disebabkan dia dibesarkan di rumah anak yatim serta tidak pernah mengenali siapa ibu bapa dan keluarganya.

SHAH dan dua anaknya ketika menumpang berteduh di Surau Al-Amin, Setapak.Bagi menyelesaikan masalah itu, dia membawa keluarganya ke ibu kota dan menjangkakan dapat menyelesaikan urusan berkenaan selewat-lewatnya dalam tempoh empat hari.
myMetro
No comments:
Post a Comment