Ketua Strategi DAP, Liew Chin Tong, berkata Abdul Gani perlu meletak jawatan dan bertanggungjawab ke atas beberapa kegagalan menyabitkan individu yang bersalah secara konsisten terutama dalam kes berprofil tinggi.
"Ia adalah sangat tidak adil apabila PKFZ menjadi satu lagi skandal tanpa penjenayah," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, berkata Abdul Gani bukan sahaja perlu dipersalahkan dalam beberapa kes berprofil tinggi, malah perlu bertanggungjawab ke atas beberapa pindaan undang-undang baru yang tidak dibuat secara rapi.
"Terdapat banyak sebab lain beliau perlu meletak jawatan, bukan semata-mata dalam kes Dr Ling sahaja," katanya. Pemimpin Pakatan Rakyat mengecam Ketua Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) selepas satu lagi kegagalan dalam kes berprofil tinggi hari ini, susulan pembebasan bekas menteri, Tun Dr Ling Liong Sik dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Hanipa berkata, pihak peguam negara tidak harus membiarkan kes tersebut
berlalu begitu sahaja kerana ia melibatkan kepentingan awam dan rayuan
perlu dibuat ke atas keputusan mahkamah tersebut bagi memastikan
kebenaran ditegakkan dalam skandal PKFZ.
Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan, berkata kegagalan Abdul Ghani dalam kes seperti PKFZ menyebabkan keyakinan orang ramai hilang terhadap pejabat Peguam Negara.
"Peguam negara membuktikan dirinya sebagai tidak efektif dan tidak berkemampuan. Kita juga mempunyai peguam yang tidak akan mengakui kegagalannya," katanya.
Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata Dr Ling menjadi "kambing hitam" dalam skandal tersebut kerana dalang sebenar masih bebas.
"Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet dalam membuat keputusan tersebut perlu bertanggungjawab," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Dr Ling daripada pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah PKFZ.
Hakim Datuk Ahmad Asnawi dalam penghakimannya mendapati pihak pembelaan memberikan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
Sembilan saksi termasuk bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir hadir memberi keterangan dan mengemukakan bukti terhadap Dr Ling.
Kos Projek PKFZ dianggarkan RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, tetapi kosnya meningkat lebih empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada 2007. – 25 Oktober, 2013.The Malaysian Insider

No comments:
Post a Comment