Kejadian rompakan yang mengorbankan nyawa seorang pekerja Ambank.Seorang
pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut
akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang
merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2
Sentral petang ini.
Gambar suspek yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup.Kejadian
berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37,
difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank
serta suspek untuk menyimpan wang.
Menurut Utusan Malaysia, suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan
diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat
dipastikan jumlahnya.
Polis masih menyiasat kejadian itu. – 23 Oktober, 2013. TMI
No comments:
Post a Comment