PKR
hari ini mempersoalkan hubungkait antara Ops Cantas – operasi khas
pasukan keselamatan membanteras kes jenayah berat – dengan tindakan
Putrajaya meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959.
Ahli Parlimen Subang dari PKR R. Sivarasa (gambar) ketika sidang media
di lobi Parlimen hari ini membangkitkan persoalan Ops Cantas hanya
dilaksanakan pada pertengahan 2013, sedangkan tahanan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) telah dibebaskan lebih awal.
ISA dan EO telah dimansuhkan pada 2011 selepas Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak membuat pengumuman untuk mereformasikan sistem
perundangan negara dan menolak sebarang penahanan tanpa bicara terhadap
pelaku jenayah.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment