24 Okt 2013
Kate Middleton dan Putera William berpose dengan anak pertama mereka, George. |
LONDON, KOMPAS.com — Putera pertama Putera
William dan Kate Middleton, Putera George, yang berusia tiga bulan,
hari Rabu (23/10/2013), dibaptis menggunakan air dari Sungai Jordan.
Pembaptisan
yang dilakukan Uskup Agung Canterbury Justin Welby di kapel kerajaan di
St James Palace ini dihadiri semua sanak keluarga Kerajaan Inggeris dari
empat generasi.
Portal berita AP hari Rabu melaporkan, Putera George merupakan ahli waris urutan ketiga takhta Inggeris.
Putera George ketika pembaptisan mengenakan replika pakaian
baptis yang dibuat untuk Ratu Victoria dan pertama kali dikenakan pada
tahun 1841.
Baginda tiba di kapel digendong ayahnya,
Putera William, yang didampingi ibunya. Hadir pula nenek buyut Ratu
Elizabeth II dan suaminya Putera Philip. Juga hadir datuknya, Putera
Charles, dan isterinya, Camilla, dan bapa saudaranya Putera Harry dan
sejumlah anggota keluarga kerajaan lainnya.
Datuk dan nenek
Putera George dari pihak ibunya, Michael dan Carole Middleton, dan ibu saudaraya Pipa juga bapa saudaranya James juga hadir dalam acara pembaptisan ini.
Putera William dan Kate meminta tujuh orang menjadi bapak baptis bagi
anak mereka yang lahir pada 22 Julai lalu.
catatan idahsalam
No comments:
Post a Comment