MELAKA – Penyanyi rock, Ramli Sarip; pelakon popular, Rosyam Nor dan
jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee akan dianugerahkan darjah
kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi
ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar berkata, Rosyam atau
nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 46, dan Kim Swee, 43,
dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli, 61,
menerima DMSM Kehormat.
Menurutnya, ketiga-tiga individu berkenaan antara 901 penerima
darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung
di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada hari ini, Ahad dan 24
Oktober ini.
No comments:
Post a Comment