Monday, October 21, 2013

Sarawak tidak terbabit dengan keputusan kalimah Allah, kata Taib Mahmud

OLEH DESMOND DAVIDSON October 21, 2013
Isu penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam dan penganut Kristian di Semenanjung Malaysia tidak terpakai di Sarawak, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar).

"Bagi kami (masyarakat Sarawak) tidak menjadi isu. Kami telah hidup dengan berbeza kaum dan agama sejak berdekad lamanya malah sebelum Malaysia terbentuk," katanya buat pertama kali selepas Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh mingguan Katolik, Herald.
"Kami tidak boleh mengubah keadaan di Sarawak. Ini perkara biasa bagi kami berhubung dengan mereka yang berbeza agama. Saya semasa di sekolah dahulu tidak terganggu dengan kaedah ritual penganut Kristian.

 "Itu cara mereka menyembah tuhan dan saya boleh menerimanya. Inilah yang kami amalkan di Sarawak.
"Kaum Iban, Melayu dan Cina telah menunjukkan rasa hormat mereka terhadap agama dan budaya lain sebelum pembentukan Malaysia lagi.
“Apabila Malaysia dibentuk, kami mengekalkan semangat ini," katanya isu yang hangat diperkatakan di Semenanjung Malaysia tidak menjadi masalah di negeri itu.

Pada 2010, Taib turut membidas pihak yang menghalang Al-Kitab dibawa masuk ke negeri itu.
Beliau berkata usaha untuk mencetak Al-Kitab dengan nombor siri juga satu idea bodoh dan tidak patut dipraktikkan di Sarawak.
Katanya, usaha menghalang pengedaran Al-Kitab adalah perbuatan tidak masuk akal. – 21 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment