Setiausaha
Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin mempertahankan Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim (gambar) dengan menyatakan ketuanya itu
berhati-hati dalam pengurusan kewangan sebagai persediaan menghadapi
serangan dari kerajaan persekutuan bukannya sebagai seorang kedekut
seperti digambarkan.
Menurutnya, tuduhan Abdul Khalid pemimpin yang kedekut apabila terlalu
berbangga dengan hasil lebihan negeri itu disifatkan sebagai nakal dan
kebudakan-budakkan.
"Menghasilkan simpanan rizab negeri yang tinggi tidak dilakukan dengan
niat mahu memapar angka yang cantik pada tarikh penutupan akaun. Jauh
sekali mahu bermegah-megah di atas kertas.
"Adalah menjadi sikap semulajadi TSKI tidak mahu bercakap mengenai
sesuatu perancangan sebelum ianya berjaya menunjukkan sebarang hasil.
Justeru, semua perancangan di atas tidak diwar-warkan kepada umum," kata
Faekah merujuk kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan
hari ini.
Menurut Faekah, pengagihan dana bagi projek pembangunan kerajaan
Selangor oleh Kerajaan persekutuan berlaku secara tidak adil
memandangkan negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, kerajaan persekutuan sentiasa mengabaikan Selangor biarpun mereka dilihat begitu mewah mengutip pelbagai contoh.
“Sejak dari pengambil alihan PR di Selangor, kerajaan negeri terpaksa
menggunakan sekurang-kurangya RM300 juta wang rizab bagi menebus kembali
janji yang ditidak ditepati kerajaan persekutuan kepada rakyat
Selangor.
“Sebagai contoh pembinaan jambatan ketiga di Klang bagi mengurangkan
kesesakan lalu lintas dimana setelah Barisan Nasional (BN) kalah pada
pilihan raya umum (PRU12) 2008 pembinaan juga serta merta
diberhentikan,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Abdul
Khalid secara terbuka dalam sebuah forum di Petaling Jaya memintanya
tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi sebaliknya
harus mula menggunakan agar dapat memberi manfaat kepada rakyat.
Sebaliknya Anwar memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang
disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi
terbaik.
Anwar berkata, setakat ini Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim
menunjukkan prestasi yang membanggakan namun terdapat kelemahan yang
dilihat masih belum berjaya diatasi dalam pentadbiran Abdul Khalid. – 21
Oktober, 2013. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment