Tuesday, October 22, 2013

Kejamnya ! Ibu bakar kelamin dan dada anak

22 Okt 2013

Seorang ibu di Amerika Syarikat dipenjara 30 tahun kerana membakar kelamin  dan dada anak lelakinya dengan pemetik api sebab tidak lagi menerima dana pemerintah disebabkan  anaknya malas sekolah. Pemuda usia 19 tahun ini membacakan kesaksiannya di Mahkamah   New Hampshire.

Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Isnin 21 Okt, wanita itu,Christine Gelineau   hanya menangis ketika anaknya membacakan surat berisi hal-hal telah dialaminya. Selain dibakar alat kelamin dan dadanya, pemuda itu juga mendapat kekerasan fizikal lain dari   ibunya. "Kini saya tahu kau hanya seorang penjahat menginginkan kematianku," kata pemuda itu.

Gelineau mengaku bersalah atas serangan tingkat pertama (first-degree). Pembantu pendakwa george Waldron mengatakan pemuda tidak dilansir namanya itu mengalami kerosakan saraf kekal pada kelaminnya.

Mulanya wanita itu berhelah yang anaknya hendak memperkosa dia, namun hal itu terbukti bohong. Bukti lain mengatakan sebelum membakar alat kelamin  anaknya, pemuda itu dipaksa makan kotoran manusia dan dia mengancam hendak membakar kelamin anaknya jika tidak mau.

Selain Gelineau, ada dua lagi tertuduh lain yang bersubahat yakni Daniel Cantrell dan Amy Neson iaitu  sepupu pemuda itu. Ketiganya menyeksa dia dengan pelbagai benda tajam seperti hujung pena, bahkan mematahkan pergelangan kakinya

Jailed: Christine Gelineau, 53, who pleaded guilty to first-degree assault and witness tampering
Jailed: Christine Gelineau, 53, who pleaded guilty to first-degree
 assault and witness tampering for a gruesome attack on her son

No comments:

Post a Comment