6 Okt 2103
Dubai: Seorang wanita Asia ditemui mati di sebuah flat di Dubai
selepas cubaan menggugurkan kandungannya oleh tukang paip gagal.
Polis mengklasifikan kematian wanita itu ada kaitan sindiket kumpulan
pelacuran. Tiga suspek, termasuk seorang tukang paip ditahan.
Mangsa berusia 20-an ditemui dengan kesan suntikan dadah lima hari selepas cubaan menggugurkan kandungannya gagal.
Polis memberitahu terpaksa memecahkan pintu apartmen di kawasan Rafaa selepas menerima panggilan penjaga keselamatan mengenai bau busuk dari kediaman itu.
Polis memberitahu terpaksa memecahkan pintu apartmen di kawasan Rafaa selepas menerima panggilan penjaga keselamatan mengenai bau busuk dari kediaman itu.
“Koroner mengesahkan mangsa mati sejak lima hari lalu. Kami dapati apartmen berkenaan disewa sindiket untuk kegiatan pelacuran,” kata Ketua Polis Jenayah Dubai, Khalil Al Mansouri. - AFP
No comments:
Post a Comment