28 Nov 2013
Nilai: Peningkatan mendadak jumlah warga Afrika dari pelbagai negara
yang berkampung di beberapa taman perumahan sekitar Mantin dan daerah
ini menyebabkan penduduk tempatan mulai resah dan khuatir kawasan
kediaman mereka kini menjadi ‘Afrika Mini’.
Dianggarkan terdapat hampir 10,000 warga Afrika menghuni daerah ini
dan kebanyakan mereka adalah pelajar kolej dan universiti swasta yang
banyak terdapat di kawasan itu.
Kehadiran mereka menimbulkan rasa kurang senang penduduk kerana
mereka ini sering terbabit dengan kegiatan jenayah seperti
penyalahgunaan dadah terutama syabu, gemar mabuk di kawasan awam,
bergaduh dan tidak menghormati budaya masyarakat setempat.
Malah, bagi penduduk, petanda itu sudah terserlah apabila golongan yang diberi jolokan Awang Hitam kini mendominasi kemudahan awam di situ serta tidak gentar dengan penduduk tempatan dan sedia bertindak balas jika ditegur apatah lagi dicabar.

PENGUAT
Kuasa Imigresen Negeri Sembilan terpaksa bergelut ketika cuba menahan
seorang pelajar warga asing yang menghalang operasi pemutihan.Selain itu, warga Afrika terbabit sering mengusik anak gadis yang lalu-lalang di kawasan itu dan apabila ditegur pasti mencetuskan pergaduhan.
No comments:
Post a Comment