
Malaysiakini Nov 22 2013
dikemaskini Pakar
patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak dibenarkan datang ke
Malaysia untuk memberi keterangan dalam kes saman cuai yang difailkan
terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 13 yang lain
oleh keluarga Teoh Beng Hock dan ia didakwa kerana "campurtangan
politik."
Dengan perbicaraan yang hampir sampai ke penghujungnya, peguam keluarga itu, Gobind Singh Deo memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Dr Pornthip telah mengesahkan bahawa dia tidak dapat hadir sebagai saksi.
"Dia
tidak dapat menghadiri perbicaraan kerana campurtangan politik di
antara kerajaan kita (Malaysia) dan kerajaan (Thailand)," kata Gobind
(kiri).
Dr Pornthip sepatutnya menjadi saksi utama keluarga Teoh dalam saman itu.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009, selepas dia disoal siasat di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.
Pada 3 Oktober tahun lepas, bapa Teoh - Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hoi, tunangnya Soh Cher Wei dan anaknya Teoh Er Jia, memfailkan saman terhadap SPRM, kerajaan dan 12 yang lain kerana menyebabkan mereka mengalami kesedihan dan kehilangan tempat pergantungan.
Defendan menafikan dakwaan tersebut dan dalam dakwaan balasnya mendakwa kematian Teoh adalah disebabkan oleh kecuaiannya sendiri.
Dengan perbicaraan yang hampir sampai ke penghujungnya, peguam keluarga itu, Gobind Singh Deo memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Dr Pornthip telah mengesahkan bahawa dia tidak dapat hadir sebagai saksi.
"Dia
tidak dapat menghadiri perbicaraan kerana campurtangan politik di
antara kerajaan kita (Malaysia) dan kerajaan (Thailand)," kata Gobind
(kiri).Dr Pornthip sepatutnya menjadi saksi utama keluarga Teoh dalam saman itu.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009, selepas dia disoal siasat di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.
Pada 3 Oktober tahun lepas, bapa Teoh - Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hoi, tunangnya Soh Cher Wei dan anaknya Teoh Er Jia, memfailkan saman terhadap SPRM, kerajaan dan 12 yang lain kerana menyebabkan mereka mengalami kesedihan dan kehilangan tempat pergantungan.
Defendan menafikan dakwaan tersebut dan dalam dakwaan balasnya mendakwa kematian Teoh adalah disebabkan oleh kecuaiannya sendiri.
No comments:
Post a Comment