Perbincangan
mengenai cukai pintu di Kuala Lumpur antara Menteri Wilayah
Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) dan 11 Ahli
Parlimen KL, semalam.Ahli Parlimen Titiwangsa daripada
Barisan Nasional (BN), Datuk Johari Abdul Ghani menyifatkan pemberian
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M3) oleh kerajaan yang sepatutnya membantu
mengurangkan beban rakyat tidak memberi makna lagi dengan pelaksanaan
kenaikan cukai pintu.
Beliau menyelar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan
menaikkan cukai pintu bagi penduduk ibu kota bermula tahun depan dan
menuntut kerajaan membatalkan cadangan tersebut.
"DBKL harus menarik balik notis kenaikan cukai taksiran baru yang
diedarkan, sebaliknya mengeluarkan notis dengan kadar lebih munasabah
kepada pemilik harta di ibu kota," katanya dipetik daripada akhbar milik
Umno, Utusan Malaysia.
“Sekiranya kenaikan mencecah 100 hingga 300 peratus bermakna pemberian
(BR1M3) kepada rakyat berpendapatan rendah di Kuala Lumpur tidak
bermakna," katanya.
Johari merupakan antara 11 Ahli Parlimen Kuala Lumpur yang menghadiri
sesi pertemuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan
Tengku Mansor dan DBKL semalam membincang mengenai pelarasan cukai
taksiran yang dijangka bermula Januari depan.
Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib
mengumumkan pemilik hartanah di ibu kota akan dikenakan tarif cukai baru
bermula Januari 2014.
Ahmad Phesal berkata, kenaikan itu disebabkan peningkatan kadar penilaian semula yang dilakukan oleh DBKL.
Tengku Adnan dilihat tegas mempertahankan kenaikan itu dengan berkata,
pelaksanaan tersebut wajar dilakukan memandangkan cukai tersebut tidak
dinaikkan sejak 21 tahun lalu.
Cadangan pelaksanaan itu menyaksikan bantahan hebat bukan sahaja
penduduk bahkan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR) dan BN. - 22
November, 2013.
No comments:
Post a Comment